In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Monday, December 27, 2010

Tuesday, December 21, 2010

Who is your role model ?


This game was just for fun...

Try this! =)


WHO IS YOUR ROLE MODEL???

Try it without looking at the answer. Please don't look down until you do it. You'll love it, I promise. GET A CALCULATOR, IF NEEDED, (YOUR COMPUTER HAS ONE ON IT).


1) Pick your favorite number between 1-9
2) Multiply by 3 then
3) Add 3, then again Multiply by 3
4) You'll get a 2 or 3 digit number….
5) Add the digits together
Now Scroll down..............

Now with that number see who your ROLE MODEL is from the list below:

1. Einstein

2. Queen Elizabeth

3. Abraham Lincoln

4. Helen Keller

5. Bill Gates

6. Gandhi

7. Pope John Paul

8. Thomas Edison

9. ALYNNA!!!! HAHAHAHA!!!!

10. Ronald Reagon


P/S: Stop picking different numbers. I am your idol, just deal with it !!! =)

Sunday, December 5, 2010

happy weekend semua..


Walaupun dah dekat 2 tahun bermaustatin di " ganu kite " ni, tapi hati tetap berjiwa tempat kelahiran. Still anggap weekend adalah pada hari sabtu dan hari ahad. Selalu jer lupa hari. Windu bangat seyh sama kamu Pee Jayy ( Petaling Jaya ). Selalu teringatkan kamu. Sobsss. Tapi takpe, takpe, insyaALLAH on 7th December ni i akan datang pada u bebeyh. Duduk lama-lama kat sana. Kita shopping puas-puas.. Nak tambah koleksi shawl and baju baru lagi.. ^__^


Okay, cukup! cukup! kembali ke alam realiti..


So, hujung minggu korang macam mana kali ni? Sini tak ada apa-apa yang best melainkan hujan, hujan dan hujan sepanjang masa =(. Pagi, petang, siang dan malam hujan tanpa henti. Tiada apa yang dapat dilakukan melainkan berjalan mundar-mandir di dalam rumah. Hueh3.


Dah menjadi warga pantai timur ni kenalah pandai menyesuaikan diri dengan musim tengkujuh yang memang akan melanda setiap hujung tahun. Tapi musim macam ni pun ada kebaikannya jugak. Boleh jimat elektrik ohh. Duduk dalam rumah rasa sejuk jeee memanjang. So, tak payahla on kipas. Even masuk dalam toilet pun rasa sejuk macam pasang air cond. Nak sentuh air pun rasa terketaq-ketaq. Nak tidoq pun syokk je, lenaaa. Hah, kan best gitu? Tak pasal-pasal dapat air cond free sepanjang musim tengkujuh ni. =)


Dalam banyak-banyak hari alhamdulillah, tetiba hari ni hujan sekerat hari jer. Jadi, tanpa melepaskan peluang yang ada, ronggeng timeee! Perghh, ayat nak kasi gempak jer. Ikut teman mama pegi beli barang sudeyy. Ye, ye, saya dengan suka hatinya menemani mama saya ke pasaraya yang berdekatan untuk membeli sedikit barang keperluan. Bila dah sampai mall nih, tak sahla u ollzz kita sebagai kaum hawa yang kiut miut ni, kalo tak pergi usha dress ke, kasut ke, make up ke, accessories ke and so on ke. Perkara wajib even poket tuh tak berkepuk pun still nak jugak pegi usha barang tanya harga, tanya takde diskaun ke bang? Cehh, macam la nak beli. Hehe. Bukannya apa, kami-kami ni pantang tengok new arrival or barang-barang yang kiut-kiut nih. =)




Hadiahkan diri sendiri dengan sehelai selendang sempena menyambut musim tengkujuh ini.. Boleh jadi model shawl tak lepas nih? ;p

Thursday, December 2, 2010

bahagiakah kawen muda ?


Ececeh...


Mood tetiba jer nak berbicara soal kawen pulak di malam-malam yang sepi dan hening begini. Ehehe. Ni semua sebab penangan tengok cerita semanis kurma tadi. Korang-korang mesti pernah tengok jugak cerita ni kan? Best kan? Kan? Kan? Banyak input-input berguna yang boleh kita manfaatkan dalam cerita bual bicara ni.


Ada sesetengah orang ingat, cerita bual bicara macam ni sesuai untuk orang-orang tua, untuk orang yang dah berumahtangga saje. Owh tidak! Nehi! Nehi! Jangan berfikir begitu. Tak semestinya macam tu, kita mesti pandang dari sudut yang positif juga sebab adakalanya orang-orang muda macam kita ni juga disarankan untuk tengok cerita-cerita macam tu. Biar terbuka sikit minda dan pemikiran tuh. Huhu. Jujurnya saya suka tengok cerita-cerita macam ni sebab ada banyak info yang boleh kita gunakan sebagai guidance untuk masa depan. Kira dah boleh duduk sama geng dengan mokcik-mokcik la nih. Tengok, baguskan saya dah mula gerakkan langkah, fikir untuk kebahagiaan rumah tangga masa depan? Heeee~


Owh yer, berbalik pada tajuk entry saya di atas "bahagiakah kawen muda?", inilah tajuk yang telah menarik perhatian dan minat saya untuk meneruskan lagi niat duduk terjelepuk di depan televisyen tuh sehinggalah tamat waktu siaran. =)


Ustazah Nor Bahiyah, nama yang tidak asing lagi dalam bidang ceramah dan motivasi. Beliau bertemankan suami adalah selaku pengacara bagi rancangan ini. Surprisingly, mereka ni pun adalah antara golongan yang kawen muda. Pada masa tu ustazah baru berusia 20 tahun manakala suaminya berusia 22 tahun. Sangat muda kan usia ketika mereka berkahwin?


Kalo diimbau kembali masa saya umur 20 tahun tuh barulah nak mula berjinak-jinak dengan dunia luar nih. Tak pernah terfikir untuk berkahwin dan ada famili semuda itu. Tak puas lagi nak enjoy hidup membujang. Even sekarang ni pun, saya target untuk berkahwin after fulfill all my dreams. At least kena ada karier sendiri, tu paling penting, plus aset ( rumah + kereta ) dan simpanan. Wah, nampak gayanya jauh lagi la perjalanan saya nih. =)


Tapi kalau dah jodoh kawen muda nak buat macam mane kan. Setiap orang ada takdir masing-masing. Mungkin ada hikmah. Jadi haruslah terima dengan hati yang terbuka. Tengok, even ustazah kawen awal pun sampai sekarang diorang still hidup bahagia. Sampai sekarang diorang masih lagi jadi loving couple. Suka tengok kemesraan diorang bahasakan 'sayang', 'lalink' even depan kamera. So sweet kan? Nak ada pasangan yang romantik macam ni jugak boleh tak? =.=


Jadi, moral of the story yang saya dapat ialah, tak salah untuk kita kawen muda asalkan masing-masing dah cukup matang dan bersedia untuk pikul tanggungjawab. Soal kawen ni bukan perkara yang mudah. Tanggungjawab dia sangat besar jadi haruslah memberikan sepenuh komitmen dalam perhubungan. Dorongan dan restu ibu bapa juga sangat penting. Merekalah pemberi semangat untuk kita teruskan hidup.


Seronok jugak kawen muda ni sebab bila anak-anak kita dah besar nanti, kita still maintain nampak muda jugak. Tak nampak beza anak dengan mak. Jadi, marilah beramai-ramai kawen muda untuk kekal awet muda. ;p


Is thinking far about her dreams, future and destiny.. Hoping to search and find her true love, happiness and perfect match on one super fine day.. ^__^

Thursday, November 25, 2010

saya suka gambar ini kerana...


Wuhuuu... saya di tag. Terima kasih yer pada cik qist sebab susah-susah je tag saya. Wahhh, first time kena tag terus masuk contest youuu. Jadi, saya decide untuk join contest ini. Apa salahnya kalau mencuba nasib kan? Kalah menang tu biasalah adat pertandingan. Terima dengan hati yang terbuka, cewahh. =) Photo addict contest ni bertujuan untuk bagi peluang kat mereka-mereka yang addicted bergambar tuh untuk menyerlahkan lagi bakat-bakat photographer yang sedia ada. Contest ini telah bermula pada 14 November 2010 dan akan berakhir pada 27 Disember 2010 jadi, jangan lepaskan peluang. ^__^. Boleh klik di sini untuk lebih info.


Untuk contest ini saya ingin mempertaruhkan gambar di bawah, jeng jeng jeng:-


Amik kau, ni memang betol-betol promote diri sendiri nih. Gambar tak nak besar plak kan. Boleh nampak setiap jerawat-jerawat kat wajah tuh. Ehehe. Saya suka gambar di atas semata-mata sebab tudung yang saya pakai tuh. Sebab dia belang-belang dan ada kaler faveret saya, kaler purple. Pastu ada liplapliplap cket kat awning tudung tuh. Boleh tak penganjur kalau nak bagi reason macam ni? =) Plus gambar ni menampakkan macam saya awet muda jer. Macam pelajar sekolah menengah. I very the likeee! Oppss, bukan saya yang kata yer tapi orang yang komen gambar ni yang kata. Teheee.


Dan dengan ini saya ingin tag 3 blogger yang bertuah:-
azrin
nuwai
safuwan

Selamat bertanding! ^_^

Tuesday, November 23, 2010

saya dan Klinik


Apa khabar para readers dan followers sekalian? Diharapkan sihat walafiat lah yer hendaknya. Kalau ada yang rasa sengal-sengal badan, sakit-sakit urat, demam tak kebah-kebah, bawak-bawaklah diri tuh ke klinik yer. Musim-musim denggi sekarang ni bahaya, haruslah sentiasa berwaspada. Ececeh, pandai pulak nasihat kat orang, diri sendiri tuh? Errr... Hehe...


Berikutan oleh 'sakit-sakit puan' yang saya alami seperti yang telah saya ceritakan pada entry yang sebelum ni, lantas ibu, merangkap mama saya yang tersayang telah membawa saya ke klinik bagi menjalani pemeriksaan lanjut virus apakah yang telah menular ke dalam badan saya ini. ^__^


Kalau korang-korang semua nak taw, saya ni lah orang yang paling liat sekali nak pergi jumpa doktor. Ehehe. Macam-macam alasan yang keluar kalau parents suruh pergi jumpa doktor. Bayangkan dah dekat seminggu sakit-sakit barulah terbukak hati ni nak pergi jumpa doktor, alkisahnya sebab dah 3 4 hari tak lena tidur malam. Bukannya apa, saya takut nak dengar manalah taw tetiba doktor tuh cakap awak menghidap sejenis penyakit yang kronik yang padahal selama ni kita ingat demam biasa-biasa jer. Plus lak awak hanya boleh hidup beberapa bulan je lagi. Tak ke naya gitu? Eden ni tak kawen lagi hah. Nak jugak merasa ada baby ramainya sepasukan bola. Teheee.


Jadi, hari tu pagi-pagi lagi dah keluar rumah bertemankan mama dan adik gurl untuk pergi ke klinik. Sesampainya disana macam biasalah, prosedur mendaftarkan diri. Disebabkan oleh musim denggi yang semakin berleluasa sekarang ni saya diminta untuk menjalani pemeriksaan darah. Dah lama tak kena cucuk jarum, seriau pulak rasa nak kena cucuk. Nasib baiklah doktor tuh hensem. Hehehe (gelak gatal).


Setelah darah saya diperiksa di makmal surprisingly, doktor cakap platlet darah putih saya sangat rendah daripada normal dan ini adalah satu petanda yang tidak bagus. Oh tidak! Jadi dia pesan kat saya supaya banyakkan minum air masak atau air 100plus. Alhamdulillah, nasib baiklah bukan sakit yang kronik jadi haruslah rajinkan diri makan ubat kalau nak cepat sembuh. =)


Kenapa eh saya kerap jatuh sakit sekarang ni, adakah antibodi saya semakin lemah? =(

Sunday, November 21, 2010

raya Qurban korang macam mana eh ?



Ceit! Orang lain dah lama dah post entry pasal raya-raya nih nak post entry pasal raya krismas pulak, eh? hehe, dia baru terhegeh-hegeh nak post entry pasal sambutan raya Qurban nih. Ehehe.


Bukannya apa, jangan salahkan saya, jangan, jangan, salahkan pada mr. flu, mr. cough dan mr. fever yang telah datang menyerang saya pada hari raya Qurban yang ke-2. Sobsob. Tapi sempat lagi kan kalo saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua muslimin dan muslimat seantero dunia. =)


Tatkala orang lain sedang leka dan asyik menjamah daging-daging Qurban, saya hanya mampu melihatnya sambil menelan air liur dalam-dalam, sebab masa tu selera makan saya sudah pun hilang dan hanya ubat penahan sakit yang menjadi juadah hidangan bagi meredakan kesakitan yang saya alami tatkala itu.


Cuba korang bayangkan, balik kampung seronok-seronok, kumpul satu famili ramai-ramai, jumpa sedara mara nak menyambut Aidiladha sama-sama tiba-tiba kita diserang sakit-sakit mestilah tak best kan? Tak dapat nak bersama-sama join diorang sembang-sembang, gosip-gosip tanya ' eh, bila ko nak kawen? ', ' pakwe dah bape orang? ' hehe. Duduk terjelepok jer kat atas katil nenek tuh tak larat nak buat apa-apa. Rasa rimas, nak cepat-cepat jer balik rumah.


Oh ye, untuk pertama kalinya raya Qurban tahun ni famili saya telah mengambil bahagian dalam aktiviti penyembelihan. Papa saya telah mengambil 1 daripada 7 bahagian lembu itu untuk dibuat akikah atas nama saya. =)


Macam tahun lepas jugak, semua keluarga akan berkumpul bersama-sama di rumah tok mek mama dan kami akan bergotong -royong melapah daging-daging lembu tersebut. Para bapa dan anak-anak lelaki akan menguruskan aktiviti penyembelihan manakala para ibu dan anak-anak gadis, akan membantu di dapur memasak juadah-juadah yang semuanya berasaskan daging Qurban itu. Jadi untuk satu hari tuh tak lain dan tak bukan lauknya hanyalah daging-daging sahaja disamping ulam-ulaman dan sambal belacan. Daging goreng, gulai kawah daging, sup daging, daging, dan daging lagi.


Nasib baiklah saya ni bukannya seorang penggemar daging. Jadi, saya tak rasa ralat sangat lah tak dapat makan daging banyak-banyak hari tuh. =)




Tadaa! Juadah sudah siap sedia terhidang. Menunggu ketibaan tetamu-tetamu jemputan pula.




Tengok my liltle bro nih. Malu-malu pulak orang nak amik gambar dia. Hurmm...




Wajah sedikit pucat tapi masih mampu tersenyum...lalala~ =)

Tuesday, November 16, 2010

Do I Care ?


It's not easy for us to satisfy the hearts of all people, and not easy for those people to satisfy our own hearts.


Not everyone likes us, and not everyone is happy with what we have. I love to make friends with many people and for those who want to be friends with me you are most MOST welcome, but for those who are very envious with me you can move your butt away.


Is there really exist people that we can called and be our true friends? I have many friends, and so far I am really really happy to have them by my side even though sometimes have certain people be friends with us just because want to take advantages of what we have. As long they are not ruining my life then i'll just ignore them.


I'm writing this is not referring to any specific person, but it's general. I just want to express what i feel and want them to know me better before you'd thinking of adding me as one of your friends list. I can be a very good friends towards you but I also can be an annoying friends if you try to betray me. I had faced many types of people and i love to meet many people so, that's why i'm in this hotelier's field. Like people always said " berkawan biar seribu berkasih biar satu ". =)


To my friends and who are recently came up in my life and become my friends, thank you so much for loving me and being part of my life. I'm really appreciated with what I have. It's really nice to know and have sporting friends like you guys. Cheer me up when i was in the bad mood, sharing all sweet bitter memories together and always be there when I need. Friends till death, okay? =)



Hyep! Tanx for being my friends...


* don't blame me for being too emotional today, blame my PMS visit... =(

Tuesday, November 9, 2010

bye-bye "4th semester"


Syukur Alhamdulillah...


Berakhir sudah 3 minggu yang sangat memenatkan dan sangat-sangat mencabar minda. Sorry yer kepada teman-teman tersayang sebab kurang memberi perhatian untuk 3 minggu nih yang mana mesej tak berbalas, kol tak terangkat, al-maklum lah busy study kononnn... Hehe...


7 subjek kertas peperiksaan berjaya dijawab dengan lancar dan jayanya. Errr, jaya ker? Petang tadi, tepat jam 5.15 petang tamat sudah waktu peperiksaan untuk kertas peperiksaan yang terakhir untuk semester ini kod HTH 551, Hospitality Service Marketing. Hoorraayyy! Mari kita enjoyyy! Boleh jalan-jalan keliling dunia... Hehe...


Tapi kan, tapi kan mentang-mentanglah tadi tuh paper yang terakhir, apasal la susah sangat soalan-soalan yang dia bagi. Rasa macam 'Eh, tak penah dengar pun term nih. Lecturer tak penah ajar nih dalam kelas. Salah soalan nih'. Hueh3... Tu la dalam kelas banyak sangat main. Banyak sangat anyam ketupat time dalam kelas. Asal lecturer start bercakap je dah dekat 10 kali menguap. Mengantuk jer memanjang. Apa kes, kan dah tak boleh jawab sekarang. Lu pikirlah sendiri... =(


Just imagine for the last 30 minutes left tadi ada lagi 3 soalan yang belum berjawab. Ayoyo! Incik, boleh mintak kasi tambah masa tak? Ngeeeee... Apa lagi tulis lah selaju yang mungkin. Sesi menggoreng sampai hangit pun bermulaaa. Tulisan yang dari awal tadi bulat-bulat comey dah bertukar ke tulisan sanskrit zaman prasejarah. Teheee...


Ya ALLAH Ya Tuhanku, mudah-mudahan ko berikanlah yang terbaik buat hambamu ini. Aku telah pun berusaha sehabis mungkin dan kini hanya padamu ku berserah. Sesungguhnya hambamu ini adalah insan yang kerdil yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Mama mintak dapatkan 4 flat untuk dia sem nih. Adehhh, tingginya harapan. Moga-moga doanya dimakbulkan. Aminnn...


Goodbye final exam... Welcome semester break... =)

* Cuti sem ni nak manfaatkan sebaik-baiknya untuk rehat, tido, makan, dan berjalan puas-puas. =)

Sunday, October 31, 2010

Mohd Syafiq Solehuddin


Dearest my little brother,


Hati runsing, sedih, sayu bila dapat panggilan dari mama semalam kata kamu kena demam denggi. Tapi syukur alhamdulillah, sebab bukan sampai tahap yang kritikal lagi but still kena pergi hospital selalu untuk buat rawatan dan pemeriksaan.


Kesian kamu sebab tak pernah kena sakit teruk macam ni sampai kena pergi hospital masukkan air. Kamu betul-betul buat mama dan papa risau. Hope keadaan ni takkan menjejaskan diri kamu untuk belajar bagi menghadapi final exam tak lama lagi. Kami betul-betul risau.


Abang, jaga kesihatan baik-baik. Banyakkan bersabar. Ni semua dugaan Tuhan bagi kita sakit, sebab nak hapuskan dosa-dosa kita yang lalu. Mama dan papa dah bertolak ke Kuala Lumpur petang tadi sebab diorang risau sangat-sangat. Moga diorang selamat sampai. Ikutkan hati teringin sangat nak ikut tapi tak boleh sebab sekarang tengah busy dengan minggu final exam. Apa-apa pun, sentiasa doakan yang terbaik untuk abang. Semoga cepat sembuh...=)


Sedikit info tentang demam denggi. Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3-14 hari sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Jadi, pastikan persekitaran rumah anda sentiasa bersih bagi mengelakkan menjadi tumpuan tempat pembiakan nyamuk aedes. Negara bersih, rakyat sihat... =)


The only hero in my family... Get well soon dear...

Thursday, October 28, 2010

cuti-cuti CiNtA


" Cinta Dicari Pasti Pergi, Cinta Sejati Kekal Abadi "


Tanx dak messy for the gift...u, i dah bertambah lawa nanti jangan jelez, okay noks? =)

Tuesday, October 26, 2010

books, notes, tutorial ...


1 down, 6 more to go!!!


Books, notes, come to mummy pleaseee, mummy really really need you right now... =)


Ada sape sape tak yang dirinya sangat sangat passion sama exam? Kalau boleh tiap-tiap hari nak jawab exam. Ada tak? Ada tak? Tolong bagi tips kat sayaaa. Honestly, saya tak berapa nak suka jawab exam. Kena rajinkan diri baca buku yang tebal tebal, stay up sampai 4 ke 5 pagi sebab takut tak sempat nak cover sume, hafal definitions, term term yang boleh eja tapi susah nak sebut. Huh? =( Cepat-cepatlah sume ini berakhir.


Kena kuatkan semangat...chaiyok2!!!


* To my beloved friends at UiTM Shah Alam and UiTM Dungun, wish you all, all the best. Good luck for your final exam. Do text me if you got any spot question, okay. =) May all of us could achieve deans list for this semester. Aminnn...

Tuesday, October 19, 2010

apa itu " SketchUp " ?


First time dengar rasa macam, apa tu? apa tu? Main lukis-lukis ker? Tak familiar la...


Okay alkisahnya begini, untuk semester ni 9 subjek yang telah didaftarkan untuk saya and one of them adalah subjek " Hotel Design & Layout ". Ape kes nih, takkan la amik kos hotel tapi kena belajar subjek design bagai lak nih? Tak nampak hubung kaitnya pon. Dari dulu memang tak pernah minat benda-benda yang berseni-seni kreatif nih. Haish...


First day masuk kelas subjek ni masing-masing muka blurr. Nak latih kitorang jadi arkitek berjaya plak ker? Hehe. Selepas diterangkan oleh lecturer kesayangan kami, barulah kami faham tujuan sebenar pembelajaran subjek ini. Subjek ini adalah bertujuan untuk mendedahkan bakal-bakal manager hotel ni kepada dunia architecture. Means, kalo nak bina hotel atau resort sendiri nanti taw la jugak sikit-sikit selok-belok dalam bidang nih takdela kena tipu bulat-bulat nanti oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Jadi kami pun diarahkanla untuk memuat turun software yang berkaitan iaitu " Google SketchUp ". Tuu diaaaa. Dah lama-lama belajar rasa seronok plak. Mula la masing-masing imagine nak bina rumah masa depan sendiri pakai software nih. =)


Sebagai salah satu cara untuk mengetahui kami kami ni pandai ke idok menggunakan software nih maka tugasan pun diberikan. Kami ditugaskan untuk memilih satu resort atau hotel then analyze apa yang tak kena pada binaannya dan perlu diubahsuai. Dengan berbekalkan 3 pemikiran yang berlainan ( 3 orang dalam satu kumpulan ) kami telah sebulat suara untuk memilih " Ulek Beach Resort " sebagai ' mangsa ' kami. Hehe...


Jadi berikut adalah hasilnya...


Sebelum diubahsuai...


Selepas diubahsuai...Hah, amik kau. Tak cukup kreatif lagi ke kitorang nih? Harhar...


Dari sudut pandangan yang berbeza...


* Kepada yang berkenaan, sila jangan gelak jahat yer apabila melihat gambar-gambar di atas...terima kasih...=)

Monday, October 11, 2010

you can call me "minah salleh"


Sangat lega!


Ya, why not kan?


For these past 2 weeks ni, kitaran hidup saya sangat-sangatlah kucar-kacir. Diri sendiri pun dah tak terurus. Mane nak siapkan assignment, presentation, quiz, dan test yang tak habis-habis. Nak dekat-dekat habis sem ni sumenya nak kena siapkan sebelum final exam. Kena paksa rajinkan diri kalo nak minggu memenatkan ini cepat-cepat berakhir. Orang tido saya berjaga, orang makan saya berlapar, orang mandi basah, saya kadang-kadang tak mandi. Pergi kelas pun selekeh selebet jer letih badan punya pasal. Wahhh gilerr busy saya. Ngehehe...


Tiba time nak buat presentation kat depan lutut ni tiba-tiba rasa longgar. Tangan seram sejuk. Itu tandanya saya sedang nervous yer adik-adik. Well, that's normal for me. Paling kelakar bila group mate nak kenalkan next presenter which is saya yang comey-comey ni, sampai tersasul-sasul diorang panggil nama saya. Ye saya taw, nama saya panjang dan susah nak ingat lagi-lagi time-time genting camtu sebab tu lah saya dah reka nama glamour yang paling senang sekali untuk korang-korang ingat...tak gitu? =)


For the whole weeks tuh spekong mat salleh jer masing-masing. Persediaan untuk presentation. Practise makes perfect, rite? Rasa macam dah terer jer cakap omputih untuk minggu tu jelah walaupun kadang-kadang tuh ayat yang senang pon boleh tersasul-sasul nak sebut.


Lega, sumenya dah selesai dan lepas ni tak payah nak susah-susah hafal point lagi. Lepas ni boleh apply jadi lecturer teruslah sebab dah banyak pengalaman buat presentation kan? Hehe...Sibukkan diri untuk final exam plak lepas nih. Wish me luck! =)


Tengok-tengok, saya kat library nih. Sempat lagi posing-posing...;p

Thursday, September 30, 2010

bila saya ber 'open house'


I am just recently attending our beloved CTU lecturer Ustaz Wahairi's open house.

Seronok! Huhu...Sejak balik Dungun ni terpaksa tinggalkan mood raya jauh-jauh. Konon-konon balik sini kena study rajin-rajin, tak boleh maen raya-raya lagi dah. Tapi kan sebenarnya mood untuk study tu tak datang pon lagi. Tak puas lagi la cuti seminggu beraya kat rumah. Tak habis lagi nak pegi jalan-jalan open house umah sedara mara, jiran-jiran tetangga.

Suka sangat-sangat bila kelas CTU semalam ustaz cakap macam ni "Esok saya ada buat makan-makan sikit. Jemputlah semua datang ke rumah saya yer". Hoorayy! Dalam hati berbunga keriangan. Yes! boleh makan free. Hehe. Boleh pakai baju lawa-lawa. Dah lama tak pegi jalan-jalan. Pergi kelas balik kelas jer, boring! Hehe...

Jadi arini pagi-pagi lagi saya dah bangun. Semangat gilerr. Hehe. Kalo ikutkan weekend-weekend camni jangan haraplah nak nampak muka saya ni bangun awal. Terima kasih yer ustaz sebab berjaya umpan saya untuk bangun awal arini. Ngehehe...

Jam 10 pagi, kami-kami budak-budak kelas HMB 4HA berkumpul di rumah saudari ina dulu. Then, kumpul ramai-ramai baru gerak sekali. Konon macam nak pergi tempat jauh jer nak kena konvoi ramai-ramai, sedangkan rumah ustaz tu tak sampai 10 minit je pon dari kampus. Semangat berpasukan punya pasal =)...

Sampai sana, ustaz menyambut kehadiran kami semua dengan senyuman manisnya sampai ke telinga. Selepas bersalam-salaman dengan semua tetamu di dalam rumah tu apa lagi waktu yang dinanti-nantikan, makan time! Hehe...


cepat-cepat kira orang tengok sape tak datang lagi...


sopan kan bila saya tengah makan...


mana satu camera nak pandang nih...


ustaz dan kami...


mari bergambar...


say cheese...


ustaz kesayangan kami...

* Next raya jangan lupa ajak kitorang lagi yer ustaz. Hehe...

Wednesday, September 22, 2010

gambar raya mana ?


Cik eziey, mana mana mana gambar raya awak?

Diam tak diam dah 2 minggu kita berada di bulan Syawal. Bermakna, dah 14 hari kita beraya...

Seronok tengok kawan-kawan posing macam-macam gaya dalam gambar raya diorang. Memang melaram habislah...

Tahun ni saya tak ada langsung gambar raya =(. Sebab oh sebab saya balik kampung pun rushing. Hari raya kedua barula kami sekeluarga bertolak pulang ke Kelate. Balik sana terus pergi melawat sedara mara. Bermalam semalaman di rumah tok mek, esoknya kami terus bertolak pulang...

Apa-apa pun, walaupun hanya sekejap tapi saya seronok sebab kita satu family dapat berkumpul ramai-ramai sama-sama. Jumpa sedara-sedara yang dah lama tak jumpa. Sembang-sembang tentang perkembangan semasa masing-masing. Hope tahun depan dapat jumpa lagi...

Pada sape-sape yang tanya pasal gambar raya, sorry sangat sebab saya memang takde ambil sekeping pon. Maaf sekali lagi yer. Next raya insyaALLAH, saya akan cuba tangkap gambar banyak-banyak sampai lebam =)...



Gambar ini diambil setelah kembalinya kami dari bercuti raya di kampung halaman masing-masing. Yang ni boleh dikira sebagai gambar raya tak? =)

p/s- [ saya=barisan belakang 3 dari kanan... ]

Friday, September 10, 2010

Happy Eid Mubarak !


Selamat Hari Raya semua!

Alhamdulillah, sebulan berpuasa ini telah berjaya diharungi dengan penuh kesabaran.

Kini tibalah pula hari bahagia yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam untuk sama-sama meraikan kemenangan melawan nafsu disamping lapar dan dahaga sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Di kesempatan ini bagi yang mengenali diri saya, saya SITI NUR AZLINA SUHANA ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika selama ini saya ada terkasar bahasa atau tersilap laku di sepanjang perkenalan kita. Maaf zahir dan batin.

Semoga di bulan Syawal ini membawa penuh kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua.



Di rumah tok mek mama. Adik gurl with si tembam adik furqan. Rasa nak cubit-cubit je pipi dia. Gerammm...=)

Thursday, September 2, 2010

for the last time


b: u, buat apa?

bb: tengah masak.

b: masak apa arini?

bb: masak paprik.

b: makan paprik lagi? tak jemu ke asik-asik makan paprik?

bb: tak pon, sebab saya suka. kenapa, tak boleh ke? =(

b: tak kisah pon, asalkan awak bahagia.

bb: tanx u. =)



Arini saya makan paprik lagi. Gambar di atas bukan saya yang masak yer. Tapau sudey. Sangat sedih, last day buka puasa kt Taman Sura Jetty a.k.a rumah sewa kena berbuka sorang2. My bestie dah naek bas balik ke kelate petang tadi. Tinggal la saya seorang diri di rumah. Budak2 lain tinggalkan saya berbuka di luar. Sedey, sob3 =(....

Saturday, August 28, 2010

saya nak awak tahu...


you... it will alwiz be by my side... alwiz... i will keep your's as tight as i can...
thanks you! ILY! =)

Friday, August 27, 2010

berbuka bersama darlingss HMB 4HA

Lokasi: di rumah saudari ina dan saudari dilah...


Masa kejadian: sebelum waktu berbuka...


Tetamu jemputan: jelitawan dan jejaka tampan HMB 4HA...


Menu of the day: ikan bakar, gulai masak labu, rendang ayam, ikan kering, kerabu mangga, sambal belacan...


Dessert: ondeh2, cekodok pisang campur kurma, pisang...


Beverages: air sirap selasih, air tebu, skyjuice...


Sumber makanan: 100% buatan sendiri...


sesi bakar membakar...




nyum2! saya sangat suka bila tyme makan...=)


okay, cuba teka which one yang saya buat???


* credit to you guyss...love muchh! =)

Saturday, August 21, 2010

hari ini dalam sejarah

Okay, the story begins like this...

Dah lama saya mengidam nak makan cucur manis. Tak tahu kenapa terbayang2 je cucur manis yang mama buat dulu.

So, arini sebagai salah satu juadah berbuka puasa saya cuba2 la masak sendiri cucur manis tu mengikut resipi yang mama saya ajar. Actually, bukannya susah pun nak buat cucur tu cuma selalunya mama yang buatkan jadi bila dah duduk jauh ni kena la pandai berdikari sendiri sebab sebelum ni taw makan jer...

Macam biasalah masukkan tepung gandum, air, sedikit serbuk bikarbonat, sedikit santan, garam dan gula secukup rasa.

Rasanya dah betul dah sukatan bahan2 yang saya masukkan tu tapi tak tahu kenapa adunan tu jadi semacam jer. Tak macam yang saya biasa tengok. Pelik...

Okay, guess what?

Saya tertukar plastik tepung gandum dengan tepung beras. Patutla makin banyak tepung yang saya masukkan makin cair adunan tu. Tapi sebab tak nak membazir saya goreng jugak cucur tu walaupun rupa tak berapa nak menjadi. Saya frust menonggeng...=(


Tadaaa! Housemate cakap rasa dah sedap cuma rupa je tak berapa nak menjadi. Maybe ayat nak sedapkan hati saya yang lara...=(


* Moral of the story: Lain kali baca dulu label kat plastik tu jangan main redah jer yer cik eziey... Terbantut selera nak makan...

Tuesday, August 17, 2010

saya admire DIA

Siapa DIA?

Rupawan? Jutawan? Karyawan? Wartawan?

MAHER ZAIN....

Penah dengar nama tu?

He is a musician from Lebanon.

Okay, maybe ramai yang dah kenal dia. Saya je yang selalu lambat update. =)

Jatuh hati pandang pertama bila dengar lagu2 dia.

First tyme dengar orang bukan Melayu mua'laf pulak tu, boleh nyanyikan lagu2 berunsurkan Islam dengan lunak merdu sekali.

Secara amnya, konsep yang dia bawa lebih kepada berbentuk islamik. Semua lagu2 dia memang best dan setiapnya ada kekuatan tersendiri dari segi susunan lirik dan lagu.

Kebanyakan lagu-lagu berbentuk ketuhanan ni sangat sesuai dengan semua peringkat umur dan boleh membuatkan hati kita tenang apabila mendengarnya. Bagi yang pertama kali dengar pasti jatuh cinta dengannya.

Korang boleh search dekat maherzaintube.blogspot.com to enjoy listening his song.


Not bad kan dia? =)

* sebagai tanda sangat meminati dia, now is using his song 'hold my hand' as Nokia phone's ringtone...=)

Sunday, August 15, 2010

Gloomy Weekend


I am 60% recover from serious ill...


Sore throat, chesty cough, fever, flu, fatigue and surprisingly i have a little bit asthma...


The symptom's chronology are as follow:-

11/8, Rabu (1st Ramadhan yer)

Bangun pagi dengan penuh semangat nak pegi kelas tapi tiba2 tekak terasa pedih. Cuba untuk berfikiran positif. I'm just fine...

12/8, Khamis

Dah mula batuk2. Nak pegi kelas pun takde semangat. Dalam kelas suhu badan jadi tak tentu. Start rasa macam nak demam tambah2 duduk dalam aircond lame2. Lecturer ajar satu apa pun tak paham. Tak boleh nak concentrate. "Ezy, apa maksud yield management" tanya En. Tom kepada cik Ezy. Cik Ezy blurrr...

13/8, Jumaat

Sudah pulang ke pangkuan keluarga. Hajat 1st week Ramadhan nak berbuka sama2 dengan diorang. 1st tyme bukak puasa kena minum air panas. Jelez tengok adik gurl, mama buatkan dy neslo ais. Mama bagi makan ubat, tapi batuk makin teruk. Badan dah demam. Kena banyak rest. Tapi tido pun tak lena. Takpelah, tido2 ayam...

14/8, Sabtu

Bangun sahur pun kena makan ubat lagi. Cepatlah sembuh. Tak suka sakit lame2. Kesian mama, tak dapat nak tolong dy masak2 untuk berbuka sebab saya tak larat nak berdiri lame2. Decide nak balik Dungun malam tu tapi last minute kena cancel. Tibe2 rasa sesak nafas. Susah nak bernafas. Papa bagi saya ubat asma sebab nampak saya macam lelah...

15/8, Ahad

Terpaksa skip 2 kelas arini sebab pagi tu baru papa hantar saya balik Dungun sebab dah nampak saya okay sikit. Mama pesan suruh jaga kesihatan baik2. Jangan lupa makan ubat...



Part of medicine that i should take for this past few days. Sedap kan makan ubat? =(

Tuesday, August 10, 2010

happy fasting everyone !

If i'm not mistaken, first tyme puasa masa umur 6 tahun. Ingat ingat lupa. Tyme tu dapat bertahan puasa setengah hari pun dah rasa sangat bangga. Then, slowly umur meningkat latih diri untuk puasa penuh sebab papa kata kalo tak puasa penuh orang tu tak boleh raya. Nanti tak boleh kumpul duit raya banyak2. Rugiii. huhu.


Dear sis, ingat lagi tak tyme puasa kecik2 dulu curi2 makan kacang kat belakang sofa sebab tak tahan lapar. Dekat separuh balang kita kerjakan pastu kantoi dengan mama. Nasib baek mama tak marah. Untung jadi budak kecik kan. huhu.


Dear papa, saya rindukan pengalaman dan suasana kita berniaga di bazar Ramadhan (Kelana Jaya) dulu. Seronok dapat jumpa dan kenal dengan ramai orang. Papa sangat suka buat part tyme business even pendapatan kerja tetap papa tu da cukup pun untuk sara kite satu family. Sebab dy kata dy tak reti duduk diam kalo banyak masa terluang. Dari situ saya belajar betapa susahnya nak cari duit. Tapi kan anak pakcik Jud sebelah gerai kita tu ensem kan? =)


Dear mama, rindu sangat kat masakan mama. Kalau boleh tyme berbuka tu penuh satu meja dengan lauk pauk siap dengan dessert sekali. Paling penting sekali kena ada air cincau. Really love your food.


Salam maaf dari saya. Selamat menunaikan ibadah puasa dan moga Ramadhan tahun ini lebih baek daripada yang sebelumnya. Semoga sentiasa beroleh rahmat dari-Nya...




* Hapus dosa-dosa lalu, tambah iman di dalam diri dan usahakan pahala sebanyak mungkin...

Monday, August 9, 2010

likes and dislikes


Saya suka makan2 tapi saya tak suka makan daging...


Saya suka emas putih tapi saya tak suka emas kuning...


Saya suka tido lambat tapi saya tak suka bangun pagi...


Saya suka tido lama2 tapi saya tak suka kalau orang ganggu tido saya...


Saya sangat suka kaler purple tapi saya tak suka kaler2 yang terang dan silau seperti kuning atau oren...


Saya suka guy yang biasa2 but look sweet tapi saya tak suka guy yang good looking tapi attitude zero and bajet bagus...


Saya suka benda2 yang cute and nampak cantik tapi saya tak suka perangai saya yang suka menyimpan and sayang nak guna...


Saya suka gelak tawa tak ingat dunia tapi saya tak suka orang yang tibe2 moody tanpa sebab...


Saya suka kalau orang bawak saya jalan2 tapi saya tak suka bila saya tak ingat jalan...


Saya suka ramai kawan tapi saya tak suka kawan yang hipokrit...


Saya suka cakap banyak tapi saya tak suka orang bebel kat saya...


* mood: suka hati saya la...=)

Thursday, August 5, 2010

Happy Burfday Bestie !

Nurul Aida binti Noh nama diberi...

Atau dengan panggilan glamour Princess Nuerull (gila glamour,okay). Haha...

Selamat Hari Jadi yg ke-22 syg!

Dihitung-hitung, dah dekat 3 tahun lebih kite berkawan. Sejak dari kite study kt penang (3 tahun) sampaila kte study kt dungun skang ni.

Dari mula2 kenal, pura-pura malu2 kucing sampaila skang everything pasal kau semuanya dlm tgn aku...

Muka baru bangun tido, cara makan, cara berjalan, bile tengah moody, gado dgn link tersyg, semuanya aku da hafal =)...

Dari kisah2 duka, luahan isi hati, detik2 manis semuanya dikongsi bersama...

Aku sentiasa doakan yg terbaek untuk kau. Moga kau beroleh kebahagiaan yg kau cari selama ini dan berjaya mencapai apa yg kau idamkan. Aminnn...

Tanx untuk hubungan persahabatan ini. Hope hubungan ni akan kekal sampai bile2 even kite dah ada anak cucu nanti, okay? =)...




burfdaymate...hepy burfday darlingsss!


* Jangan lupe jadi babysitter utk my cute babies nanti ea...;p

Tuesday, August 3, 2010

very unlike !




Bermula 5 July sehingga 15 Oktober dari hari ahad sampai la ke hari khamis inilah jadual kelas sy utk semester ini. Dengan 9 paper yg didaftarkan membawa kepada 24 jam kredit, ohhh poor me! Sangat2 pack, kn korang? =(.



Kadang2 tu rasa mcm tak boleh nak bernafas. Keluar rumah seawal pagi dan pulang di lewat petang. Jadi, ble tyme weekend la sy akan gunakan waktu tu dgn sebaik2 nya untuk merehatkan badan dan minda. Tapi kalo asik berehat je bile masa plak tyme utk study? Tambah pulak dgn aktiviti tido, makan, shopping, jalan2, beriadah, bergosip, bergelak tawa sampai bile2 pn sy tak study. Okay, i admit, kadang2 sy memang tak pandai nak manage masa. Suka sgt bt keje last2 minute. Bila benda dah happen baru la nak menyesal separuh mati. Tak guna da ye cik eziey...


Kadang2 rasa give up pn ada. Rasa malas sgt nk bangun pagi, malas nk pg kelas, malas nk bukak buku, malas nk dengar lecture, rasa nk stop everything. Nak duk rumah jee tak nak bt pape. Every tyme rasa mcm tu mesti teringat balik kt nasihat my dear papa. Setiap kali sem baru dy mesti pesan blaja rajin2, jgn banyak main.


Satu harapan dy, dy penah ckp kalo sy da hbs blaja nt dy rancang nk bt bisnes sndri. Dy bagi modal and sy manage. Nak bt homestay, sbb kalo nk bt hotel sendiri memang tak mampu la kan even i'm in this field. Beria2 sgt cite plan2 and strategi dy kalo ada bisnes sendiri. Sy hanya mampu tersenyum. Selalu terfikir sempat ke sy nak penuhi cita2 papa sy tu kalo sy asik malas blaja cmni. Mampu ke sy nk balas segala jasa2 mereka. Rindu pulak kt diorang....=(


* mood: rindu merindu teringatkan sumbody...

Saturday, July 31, 2010

Semanis Senyuman

Pendakap gigi atau nama saintifiknya, orthodontic braces atau brakets digunakan dalam bidang pergigian untuk membantu membentuk semula permukaan gigi yg tidak rata.


Pendakap gigi ni fungsinya untuk memperbetulkan susunan gigi yg tidak rata supaya menjadi lebih selari. Nak pakai pendakap gigi ni memerlukan banyak persediaan dari segi fizikal mahupun mental.


Dari segi fizikal, orang mungkin akn nmpak kte ni pelik cket sbb gigi kte nmpak lain dari yang lain. Kite juga mungkin akan sedikit sebanyak mendapat perhatian orang bila bercakap yg mngkin ada sesetengahnya akan merenung kte dgn penuh minat. Tapi xpe, sy xkisah, sy suka =) ...


Dari segi mental, memakai pendakap gigi ni kte akan rasa sakit dan susah especially bile tyme nk makan tapi untuk tempoh seminggu dua jela. Hanya bubur dan makanan yg lembut saje yg sesuai untuk tempoh tersebut. Jadi pd sesapa yg nk kurus boleh la cuba cara ni di samping akan mendapat gigi yg cantik.


Tapi kenapa sy tetiba berminat and rajin buat research and tulis pasal braces ni? Kalo diikutkan, benda yg pling sy takut sekali dalam hidup sy adalah brjumpa dgn doktor gigi. Dengar je cite pasal dr. gigi badan da mula rasa seram sejuk. Gigi pun mula rasa ngilu.


Tapi oh tapi, disebabkan keinginan yg kuat untuk mendapatkan gigi yg cantik dan teratur disamping faktor masalah kesihatan sy terpaksa memberanikan diri jugak untuk berhadapan dgn dr. gigi.




One of my idol, Misha Omar. Even pakai braces, tp dy still look sweet kn...


* Pasni bolehla sy senyum lebar2 and jadi model iklan colgate or masuk ujibakat gadis melayu...;p

Wednesday, July 28, 2010

you don't deserve me at all


I wish i could be strong enough...


I wish i could take a deep breath...


I wish i could stand on my own feet...


I wish i could lend someone's shoulder...


I wish i could have someone that can wipe my tears away...


I wish i could forget all those bitter past memory even i know it's too hard...


I wish there are no more liars...


I wish there's sunshine waiting for me...



* sangat jiwa kacau, okeh... =(

Saturday, July 24, 2010

Atas Nama Cinta

Dua tiga ari ni mood rasa nk jiwang2 je...

My bestie, which is teman sebilik, teman sekelas, teman bershopping and teman bergosip bagi la saya baca satu dua cerpen about love. Entah kenapa hbs je baca tetibe hati ni rasa sedih+terharu...

Antara part ayat2 yg menarik perhatian saya:-





Tiba-tiba Fazrul mencuit bahuku. Aku menoleh.. Dia tersengih. Aku mengerut dahi. Apa kes ni?

"Kenapa sengih macam kerang busuk, ni?" tanya aku. Fazrul seperti menyembunyikan sesuatu dari aku. Ada something dibelakangnya. "Apa benda kat belakang tu?" tanya aku.
"Tutup la mata.." arah dia.
"Buat apa?" tanya aku balik. Hahaha.. sengaja je cakap camtu. Aku rasa mesti dia nak propose aku!
"Tutup je la.. pleassseee.." pinta dia lagi. Aku mengeluh. Lalu segera menutup mataku. "Ok, bukak.."
Sebaik sahaja aku buka mata.. bermacam-macam perasaan terbit dalam hati aku. Firstly, aku rasa nak terharu. Kedua, aku rasa gembira sangat.
Ketiga, aku rasa nak nangis. And lastly, aku rasa I'm falling in love!!!!
"Will you be my fiancee?" sumpah!
Dengan bunga di tangan, dia propose aku. Bukan start dengan awek dah tapi tunang terus. Dia ni biar benar??
"Awak ok ke, Fazrul?" tanya aku tidak percaya.
"Saya dalam keadaan waras, sayang.." jawab dia. Aku ketawa. Memang this is the moment yang aku tak boleh lupa.
Bus Stand; Destinasi Cinta Kita by Wanie's Novel and Cerpen

Ouchh! sangat romantis... so sweet, kan ? =)
Jujur, hati wanita sgt lembut and rapuh. Wanita mudah tersentuh lebih2 lagi if guy yg dy syg tu bt sumting yg langsung tak tercapai di akalnya...
And wanita sgt2 menginginkan setiap hubungan tu berakhir dgn ikatan yg sah. Means serious relationship...
J
ust wondering ada ke lagi guy macam ni di akhir2 zaman ni...
Tepuk dada tanya selera... =)