In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Monday, December 27, 2010

Tuesday, December 21, 2010

Who is your role model ?


This game was just for fun...

Try this! =)


WHO IS YOUR ROLE MODEL???

Try it without looking at the answer. Please don't look down until you do it. You'll love it, I promise. GET A CALCULATOR, IF NEEDED, (YOUR COMPUTER HAS ONE ON IT).


1) Pick your favorite number between 1-9
2) Multiply by 3 then
3) Add 3, then again Multiply by 3
4) You'll get a 2 or 3 digit number….
5) Add the digits together
Now Scroll down..............

Now with that number see who your ROLE MODEL is from the list below:

1. Einstein

2. Queen Elizabeth

3. Abraham Lincoln

4. Helen Keller

5. Bill Gates

6. Gandhi

7. Pope John Paul

8. Thomas Edison

9. ALYNNA!!!! HAHAHAHA!!!!

10. Ronald Reagon


P/S: Stop picking different numbers. I am your idol, just deal with it !!! =)

Sunday, December 5, 2010

happy weekend semua..


Walaupun dah dekat 2 tahun bermaustatin di " ganu kite " ni, tapi hati tetap berjiwa tempat kelahiran. Still anggap weekend adalah pada hari sabtu dan hari ahad. Selalu jer lupa hari. Windu bangat seyh sama kamu Pee Jayy ( Petaling Jaya ). Selalu teringatkan kamu. Sobsss. Tapi takpe, takpe, insyaALLAH on 7th December ni i akan datang pada u bebeyh. Duduk lama-lama kat sana. Kita shopping puas-puas.. Nak tambah koleksi shawl and baju baru lagi.. ^__^


Okay, cukup! cukup! kembali ke alam realiti..


So, hujung minggu korang macam mana kali ni? Sini tak ada apa-apa yang best melainkan hujan, hujan dan hujan sepanjang masa =(. Pagi, petang, siang dan malam hujan tanpa henti. Tiada apa yang dapat dilakukan melainkan berjalan mundar-mandir di dalam rumah. Hueh3.


Dah menjadi warga pantai timur ni kenalah pandai menyesuaikan diri dengan musim tengkujuh yang memang akan melanda setiap hujung tahun. Tapi musim macam ni pun ada kebaikannya jugak. Boleh jimat elektrik ohh. Duduk dalam rumah rasa sejuk jeee memanjang. So, tak payahla on kipas. Even masuk dalam toilet pun rasa sejuk macam pasang air cond. Nak sentuh air pun rasa terketaq-ketaq. Nak tidoq pun syokk je, lenaaa. Hah, kan best gitu? Tak pasal-pasal dapat air cond free sepanjang musim tengkujuh ni. =)


Dalam banyak-banyak hari alhamdulillah, tetiba hari ni hujan sekerat hari jer. Jadi, tanpa melepaskan peluang yang ada, ronggeng timeee! Perghh, ayat nak kasi gempak jer. Ikut teman mama pegi beli barang sudeyy. Ye, ye, saya dengan suka hatinya menemani mama saya ke pasaraya yang berdekatan untuk membeli sedikit barang keperluan. Bila dah sampai mall nih, tak sahla u ollzz kita sebagai kaum hawa yang kiut miut ni, kalo tak pergi usha dress ke, kasut ke, make up ke, accessories ke and so on ke. Perkara wajib even poket tuh tak berkepuk pun still nak jugak pegi usha barang tanya harga, tanya takde diskaun ke bang? Cehh, macam la nak beli. Hehe. Bukannya apa, kami-kami ni pantang tengok new arrival or barang-barang yang kiut-kiut nih. =)




Hadiahkan diri sendiri dengan sehelai selendang sempena menyambut musim tengkujuh ini.. Boleh jadi model shawl tak lepas nih? ;p

Thursday, December 2, 2010

bahagiakah kawen muda ?


Ececeh...


Mood tetiba jer nak berbicara soal kawen pulak di malam-malam yang sepi dan hening begini. Ehehe. Ni semua sebab penangan tengok cerita semanis kurma tadi. Korang-korang mesti pernah tengok jugak cerita ni kan? Best kan? Kan? Kan? Banyak input-input berguna yang boleh kita manfaatkan dalam cerita bual bicara ni.


Ada sesetengah orang ingat, cerita bual bicara macam ni sesuai untuk orang-orang tua, untuk orang yang dah berumahtangga saje. Owh tidak! Nehi! Nehi! Jangan berfikir begitu. Tak semestinya macam tu, kita mesti pandang dari sudut yang positif juga sebab adakalanya orang-orang muda macam kita ni juga disarankan untuk tengok cerita-cerita macam tu. Biar terbuka sikit minda dan pemikiran tuh. Huhu. Jujurnya saya suka tengok cerita-cerita macam ni sebab ada banyak info yang boleh kita gunakan sebagai guidance untuk masa depan. Kira dah boleh duduk sama geng dengan mokcik-mokcik la nih. Tengok, baguskan saya dah mula gerakkan langkah, fikir untuk kebahagiaan rumah tangga masa depan? Heeee~


Owh yer, berbalik pada tajuk entry saya di atas "bahagiakah kawen muda?", inilah tajuk yang telah menarik perhatian dan minat saya untuk meneruskan lagi niat duduk terjelepuk di depan televisyen tuh sehinggalah tamat waktu siaran. =)


Ustazah Nor Bahiyah, nama yang tidak asing lagi dalam bidang ceramah dan motivasi. Beliau bertemankan suami adalah selaku pengacara bagi rancangan ini. Surprisingly, mereka ni pun adalah antara golongan yang kawen muda. Pada masa tu ustazah baru berusia 20 tahun manakala suaminya berusia 22 tahun. Sangat muda kan usia ketika mereka berkahwin?


Kalo diimbau kembali masa saya umur 20 tahun tuh barulah nak mula berjinak-jinak dengan dunia luar nih. Tak pernah terfikir untuk berkahwin dan ada famili semuda itu. Tak puas lagi nak enjoy hidup membujang. Even sekarang ni pun, saya target untuk berkahwin after fulfill all my dreams. At least kena ada karier sendiri, tu paling penting, plus aset ( rumah + kereta ) dan simpanan. Wah, nampak gayanya jauh lagi la perjalanan saya nih. =)


Tapi kalau dah jodoh kawen muda nak buat macam mane kan. Setiap orang ada takdir masing-masing. Mungkin ada hikmah. Jadi haruslah terima dengan hati yang terbuka. Tengok, even ustazah kawen awal pun sampai sekarang diorang still hidup bahagia. Sampai sekarang diorang masih lagi jadi loving couple. Suka tengok kemesraan diorang bahasakan 'sayang', 'lalink' even depan kamera. So sweet kan? Nak ada pasangan yang romantik macam ni jugak boleh tak? =.=


Jadi, moral of the story yang saya dapat ialah, tak salah untuk kita kawen muda asalkan masing-masing dah cukup matang dan bersedia untuk pikul tanggungjawab. Soal kawen ni bukan perkara yang mudah. Tanggungjawab dia sangat besar jadi haruslah memberikan sepenuh komitmen dalam perhubungan. Dorongan dan restu ibu bapa juga sangat penting. Merekalah pemberi semangat untuk kita teruskan hidup.


Seronok jugak kawen muda ni sebab bila anak-anak kita dah besar nanti, kita still maintain nampak muda jugak. Tak nampak beza anak dengan mak. Jadi, marilah beramai-ramai kawen muda untuk kekal awet muda. ;p


Is thinking far about her dreams, future and destiny.. Hoping to search and find her true love, happiness and perfect match on one super fine day.. ^__^