In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Sunday, July 22, 2012

24 Tahun / Ramadhan Kedua




Syukur Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi ALLAH ini. Ya, 24 tahun. Selama 24 tahun ini telah bermacam-macam perkara yang telah saya lalui. Bermula sebagai seorang bayi yang masih kosong akan erti kehidupan, menjadi pelajar tadika yang di fikirannya hanya lah untuk berseronok, menjadi pelajar sekolah, seterusnya mahasisiwi di universiti dan akhirnya kini sebagai pekerja di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur.


Suka, duka, jatuh, bangun, kasih sayang, cinta, pengorbanan, kesetiaan, kejujuran, telah menjadi asam garam dalam diri ini. Banyak yang telah saya saya lalui dan pelajari dan pengalaman ini yang mematangkan diri. Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan setiap penghujung cerita itu pastinya dijanjikan yang terbaik oleh ALLAH s.w.t. Moga hari ini dan hari-hari seterusnya saya akan menjadi insan yang lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya dan insyaALLAH, saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang sejati dan dipandang mulia di sisi ALLAH. InsyaALLAH.. :)


Okay mama papa, lepas nih boleh lah angah slow-slow ke next step, kan ? Hihi.. :p


* By the way, thanks for all the birthday wishes. Really appreciate it. I know I've been surrounded by a lovely people that never stop to support and care about me and of course I love you all and may this relationship last till Jannah. InsyaALLAH. May GOD bless all of us. Amin ~ :)

2 comments:

Unknown said...

su..ala x biasa la nk pggil alynn..

makin jelita awak ea..

Alynna said...

Shida : Haha.. panggil sue pun takpe lah dear.. ^_^