In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Sunday, July 15, 2012

Haruman Mewangi


Orang cakap, kalau kita pakai wangian yang berbeza-beza setiap hari means tidak tetap pada satu jenis wangian sahaja, maksudnya orang itu mempunyai identiti yang tidak tetap pendiriannya dan mudah berubah hati. Betul kah ?


Okay, saya adalah antara golongan itu. Tapi saya bukanlah orang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap dan saya juga tidak mudah untuk berubah hati. Malah saya sangat lah setia pada yang satu. Ececeh.. :p Cumanya saya banyak dikelilingi dan mengenali orang yang jenis sesuka hati je berubah hati tanpa memikirkan perasaan orang lain. Bila dah takde, baru nak cari, baru nak rasa menyesal. Itu selfish namanya. Watever ~


Minat untuk mengumpul wangian nih sebenarnya dah lama wujud dalam diri ini. Setiap kali lalu kat bahagian wangian je mesti berhenti dan usha wangian yang baru. Harga atau jenama tu tak menjadi faktor utama pun pada saya. Mahal ke, murah ke, saya tak kisah. Janji wangi ~ Sebabnya saya sangat lah suka pada benda-benda yang berbau wangi. Rasa nak peluk cium jee. Haish ~


So, korang semua mesti boleh agak kan kalau ada jejaka yang berbau wangi di sebelah saya, apa reaksi saya nanti ? Okay, itu gatal namanya. Hik Hok.. :p



Okay, yang ni baru sebahagian. Sebahagian lagi ada kat rumah parents. Jenuh lah "mak" ( ala-ala maknyah ) kalau nak pergi mana-mana nak bawak balik semua minyak wangi ni kan. Buat berat beg jee. Belum masuk dengan pakaian lagi. So, kat rumah parents haruslah ada backup yang lain kan. Hehe..



Wangian yang macam nih pulak sesuai untuk pergi ke tempat-tempat yang low profile macam pasar tani, pasar malam, pasar jual ayam ikan ke sebab bau dia tak tahan lama sangat. Boleh eak buat promo macam nih ? Hihi..

No comments: