Seriously, ini adalah kali pertama saya terpaksa berjalan jauh semata-mata untuk siapkan esement. KUANTAN!
10 jam perjalanan yang SANGAT-SANGAT memenatkan. 6 jam sahaja untuk perjalanan pergi dan balik manakala hanya 4 jam sahaja kami berada di sana.
Saya paling benci berada di dalam kereta dan memandu lama-lama. Cukuplah pengalaman saya memandu dari Terengganu ke Pulau Pinang berterusan tanpa bergilir-gilir pemandu sewaktu saya belajar di Penang dulu. Perjalanan jauh sangat-sangat memenatkan tambahan pulak bila kita memandu kereta jenis manual dan jalan pulak bersusun dengan berduyun-duyun jenis kenderaan. Stress~
Tapi tadi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Segala info yang diperlukan untuk menyiapkan esement ini telah pun diperolehi. Terima kasih yang tak terhingga kepada Encik Ruben kerana sudi untuk meluangkan masa ditemuramah oleh kumpulan kami. Tanx jugak sebab belanja minum air. Dia belanja air je. Makanan bayar sendiri. Kuang3. Tapi mee kari korang memang MANTOPLAHH.. Huhu..
Yang kat tengah-tengah yang pakai topi tu la En.Ruben, Exec. Chef RED FLORA CAFE. Ensem tak?
Haaa, ni lah air yang En.Ruben belanja tuh. Kitorang sume order minuman yang sama, Ice Lemon Tea lima encik!! Hehe.
Owh yer, dalam penat-penat tu sempat lagi kitorang berjalan-jalan singgah sebentar (tak lama, 2 jam jer) ke shopping complex East Coast Mall (ECM). Dah alang-alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Dah jalan jauh-jauh sampai kaki lenguh-lenguh duk tekan clutch takkan tak teringin di hati nak singgah kan. Ye dok? Kasi terjah shopping mall berdekatan cuci mata usha-usha ada barang yang berkenan di hati ker. Huahuahua.
Alamak, tersama pulak tema baju dengan warna kereta kat belakang tuh. ^_^
Dua gambar di atas ni posing je lebih. Teman kawan beli belt tapi dia pulak yang posing macam nak beli. Kikiki.