In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Thursday, September 30, 2010

bila saya ber 'open house'


I am just recently attending our beloved CTU lecturer Ustaz Wahairi's open house.

Seronok! Huhu...Sejak balik Dungun ni terpaksa tinggalkan mood raya jauh-jauh. Konon-konon balik sini kena study rajin-rajin, tak boleh maen raya-raya lagi dah. Tapi kan sebenarnya mood untuk study tu tak datang pon lagi. Tak puas lagi la cuti seminggu beraya kat rumah. Tak habis lagi nak pegi jalan-jalan open house umah sedara mara, jiran-jiran tetangga.

Suka sangat-sangat bila kelas CTU semalam ustaz cakap macam ni "Esok saya ada buat makan-makan sikit. Jemputlah semua datang ke rumah saya yer". Hoorayy! Dalam hati berbunga keriangan. Yes! boleh makan free. Hehe. Boleh pakai baju lawa-lawa. Dah lama tak pegi jalan-jalan. Pergi kelas balik kelas jer, boring! Hehe...

Jadi arini pagi-pagi lagi saya dah bangun. Semangat gilerr. Hehe. Kalo ikutkan weekend-weekend camni jangan haraplah nak nampak muka saya ni bangun awal. Terima kasih yer ustaz sebab berjaya umpan saya untuk bangun awal arini. Ngehehe...

Jam 10 pagi, kami-kami budak-budak kelas HMB 4HA berkumpul di rumah saudari ina dulu. Then, kumpul ramai-ramai baru gerak sekali. Konon macam nak pergi tempat jauh jer nak kena konvoi ramai-ramai, sedangkan rumah ustaz tu tak sampai 10 minit je pon dari kampus. Semangat berpasukan punya pasal =)...

Sampai sana, ustaz menyambut kehadiran kami semua dengan senyuman manisnya sampai ke telinga. Selepas bersalam-salaman dengan semua tetamu di dalam rumah tu apa lagi waktu yang dinanti-nantikan, makan time! Hehe...


cepat-cepat kira orang tengok sape tak datang lagi...


sopan kan bila saya tengah makan...


mana satu camera nak pandang nih...


ustaz dan kami...


mari bergambar...


say cheese...


ustaz kesayangan kami...

* Next raya jangan lupa ajak kitorang lagi yer ustaz. Hehe...

Wednesday, September 22, 2010

gambar raya mana ?


Cik eziey, mana mana mana gambar raya awak?

Diam tak diam dah 2 minggu kita berada di bulan Syawal. Bermakna, dah 14 hari kita beraya...

Seronok tengok kawan-kawan posing macam-macam gaya dalam gambar raya diorang. Memang melaram habislah...

Tahun ni saya tak ada langsung gambar raya =(. Sebab oh sebab saya balik kampung pun rushing. Hari raya kedua barula kami sekeluarga bertolak pulang ke Kelate. Balik sana terus pergi melawat sedara mara. Bermalam semalaman di rumah tok mek, esoknya kami terus bertolak pulang...

Apa-apa pun, walaupun hanya sekejap tapi saya seronok sebab kita satu family dapat berkumpul ramai-ramai sama-sama. Jumpa sedara-sedara yang dah lama tak jumpa. Sembang-sembang tentang perkembangan semasa masing-masing. Hope tahun depan dapat jumpa lagi...

Pada sape-sape yang tanya pasal gambar raya, sorry sangat sebab saya memang takde ambil sekeping pon. Maaf sekali lagi yer. Next raya insyaALLAH, saya akan cuba tangkap gambar banyak-banyak sampai lebam =)...



Gambar ini diambil setelah kembalinya kami dari bercuti raya di kampung halaman masing-masing. Yang ni boleh dikira sebagai gambar raya tak? =)

p/s- [ saya=barisan belakang 3 dari kanan... ]

Friday, September 10, 2010

Happy Eid Mubarak !


Selamat Hari Raya semua!

Alhamdulillah, sebulan berpuasa ini telah berjaya diharungi dengan penuh kesabaran.

Kini tibalah pula hari bahagia yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam untuk sama-sama meraikan kemenangan melawan nafsu disamping lapar dan dahaga sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Di kesempatan ini bagi yang mengenali diri saya, saya SITI NUR AZLINA SUHANA ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika selama ini saya ada terkasar bahasa atau tersilap laku di sepanjang perkenalan kita. Maaf zahir dan batin.

Semoga di bulan Syawal ini membawa penuh kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua.



Di rumah tok mek mama. Adik gurl with si tembam adik furqan. Rasa nak cubit-cubit je pipi dia. Gerammm...=)

Thursday, September 2, 2010

for the last time


b: u, buat apa?

bb: tengah masak.

b: masak apa arini?

bb: masak paprik.

b: makan paprik lagi? tak jemu ke asik-asik makan paprik?

bb: tak pon, sebab saya suka. kenapa, tak boleh ke? =(

b: tak kisah pon, asalkan awak bahagia.

bb: tanx u. =)



Arini saya makan paprik lagi. Gambar di atas bukan saya yang masak yer. Tapau sudey. Sangat sedih, last day buka puasa kt Taman Sura Jetty a.k.a rumah sewa kena berbuka sorang2. My bestie dah naek bas balik ke kelate petang tadi. Tinggal la saya seorang diri di rumah. Budak2 lain tinggalkan saya berbuka di luar. Sedey, sob3 =(....