In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Thursday, November 25, 2010

saya suka gambar ini kerana...


Wuhuuu... saya di tag. Terima kasih yer pada cik qist sebab susah-susah je tag saya. Wahhh, first time kena tag terus masuk contest youuu. Jadi, saya decide untuk join contest ini. Apa salahnya kalau mencuba nasib kan? Kalah menang tu biasalah adat pertandingan. Terima dengan hati yang terbuka, cewahh. =) Photo addict contest ni bertujuan untuk bagi peluang kat mereka-mereka yang addicted bergambar tuh untuk menyerlahkan lagi bakat-bakat photographer yang sedia ada. Contest ini telah bermula pada 14 November 2010 dan akan berakhir pada 27 Disember 2010 jadi, jangan lepaskan peluang. ^__^. Boleh klik di sini untuk lebih info.


Untuk contest ini saya ingin mempertaruhkan gambar di bawah, jeng jeng jeng:-


Amik kau, ni memang betol-betol promote diri sendiri nih. Gambar tak nak besar plak kan. Boleh nampak setiap jerawat-jerawat kat wajah tuh. Ehehe. Saya suka gambar di atas semata-mata sebab tudung yang saya pakai tuh. Sebab dia belang-belang dan ada kaler faveret saya, kaler purple. Pastu ada liplapliplap cket kat awning tudung tuh. Boleh tak penganjur kalau nak bagi reason macam ni? =) Plus gambar ni menampakkan macam saya awet muda jer. Macam pelajar sekolah menengah. I very the likeee! Oppss, bukan saya yang kata yer tapi orang yang komen gambar ni yang kata. Teheee.


Dan dengan ini saya ingin tag 3 blogger yang bertuah:-
azrin
nuwai
safuwan

Selamat bertanding! ^_^

Tuesday, November 23, 2010

saya dan Klinik


Apa khabar para readers dan followers sekalian? Diharapkan sihat walafiat lah yer hendaknya. Kalau ada yang rasa sengal-sengal badan, sakit-sakit urat, demam tak kebah-kebah, bawak-bawaklah diri tuh ke klinik yer. Musim-musim denggi sekarang ni bahaya, haruslah sentiasa berwaspada. Ececeh, pandai pulak nasihat kat orang, diri sendiri tuh? Errr... Hehe...


Berikutan oleh 'sakit-sakit puan' yang saya alami seperti yang telah saya ceritakan pada entry yang sebelum ni, lantas ibu, merangkap mama saya yang tersayang telah membawa saya ke klinik bagi menjalani pemeriksaan lanjut virus apakah yang telah menular ke dalam badan saya ini. ^__^


Kalau korang-korang semua nak taw, saya ni lah orang yang paling liat sekali nak pergi jumpa doktor. Ehehe. Macam-macam alasan yang keluar kalau parents suruh pergi jumpa doktor. Bayangkan dah dekat seminggu sakit-sakit barulah terbukak hati ni nak pergi jumpa doktor, alkisahnya sebab dah 3 4 hari tak lena tidur malam. Bukannya apa, saya takut nak dengar manalah taw tetiba doktor tuh cakap awak menghidap sejenis penyakit yang kronik yang padahal selama ni kita ingat demam biasa-biasa jer. Plus lak awak hanya boleh hidup beberapa bulan je lagi. Tak ke naya gitu? Eden ni tak kawen lagi hah. Nak jugak merasa ada baby ramainya sepasukan bola. Teheee.


Jadi, hari tu pagi-pagi lagi dah keluar rumah bertemankan mama dan adik gurl untuk pergi ke klinik. Sesampainya disana macam biasalah, prosedur mendaftarkan diri. Disebabkan oleh musim denggi yang semakin berleluasa sekarang ni saya diminta untuk menjalani pemeriksaan darah. Dah lama tak kena cucuk jarum, seriau pulak rasa nak kena cucuk. Nasib baiklah doktor tuh hensem. Hehehe (gelak gatal).


Setelah darah saya diperiksa di makmal surprisingly, doktor cakap platlet darah putih saya sangat rendah daripada normal dan ini adalah satu petanda yang tidak bagus. Oh tidak! Jadi dia pesan kat saya supaya banyakkan minum air masak atau air 100plus. Alhamdulillah, nasib baiklah bukan sakit yang kronik jadi haruslah rajinkan diri makan ubat kalau nak cepat sembuh. =)


Kenapa eh saya kerap jatuh sakit sekarang ni, adakah antibodi saya semakin lemah? =(

Sunday, November 21, 2010

raya Qurban korang macam mana eh ?



Ceit! Orang lain dah lama dah post entry pasal raya-raya nih nak post entry pasal raya krismas pulak, eh? hehe, dia baru terhegeh-hegeh nak post entry pasal sambutan raya Qurban nih. Ehehe.


Bukannya apa, jangan salahkan saya, jangan, jangan, salahkan pada mr. flu, mr. cough dan mr. fever yang telah datang menyerang saya pada hari raya Qurban yang ke-2. Sobsob. Tapi sempat lagi kan kalo saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua muslimin dan muslimat seantero dunia. =)


Tatkala orang lain sedang leka dan asyik menjamah daging-daging Qurban, saya hanya mampu melihatnya sambil menelan air liur dalam-dalam, sebab masa tu selera makan saya sudah pun hilang dan hanya ubat penahan sakit yang menjadi juadah hidangan bagi meredakan kesakitan yang saya alami tatkala itu.


Cuba korang bayangkan, balik kampung seronok-seronok, kumpul satu famili ramai-ramai, jumpa sedara mara nak menyambut Aidiladha sama-sama tiba-tiba kita diserang sakit-sakit mestilah tak best kan? Tak dapat nak bersama-sama join diorang sembang-sembang, gosip-gosip tanya ' eh, bila ko nak kawen? ', ' pakwe dah bape orang? ' hehe. Duduk terjelepok jer kat atas katil nenek tuh tak larat nak buat apa-apa. Rasa rimas, nak cepat-cepat jer balik rumah.


Oh ye, untuk pertama kalinya raya Qurban tahun ni famili saya telah mengambil bahagian dalam aktiviti penyembelihan. Papa saya telah mengambil 1 daripada 7 bahagian lembu itu untuk dibuat akikah atas nama saya. =)


Macam tahun lepas jugak, semua keluarga akan berkumpul bersama-sama di rumah tok mek mama dan kami akan bergotong -royong melapah daging-daging lembu tersebut. Para bapa dan anak-anak lelaki akan menguruskan aktiviti penyembelihan manakala para ibu dan anak-anak gadis, akan membantu di dapur memasak juadah-juadah yang semuanya berasaskan daging Qurban itu. Jadi untuk satu hari tuh tak lain dan tak bukan lauknya hanyalah daging-daging sahaja disamping ulam-ulaman dan sambal belacan. Daging goreng, gulai kawah daging, sup daging, daging, dan daging lagi.


Nasib baiklah saya ni bukannya seorang penggemar daging. Jadi, saya tak rasa ralat sangat lah tak dapat makan daging banyak-banyak hari tuh. =)




Tadaa! Juadah sudah siap sedia terhidang. Menunggu ketibaan tetamu-tetamu jemputan pula.




Tengok my liltle bro nih. Malu-malu pulak orang nak amik gambar dia. Hurmm...




Wajah sedikit pucat tapi masih mampu tersenyum...lalala~ =)

Tuesday, November 16, 2010

Do I Care ?


It's not easy for us to satisfy the hearts of all people, and not easy for those people to satisfy our own hearts.


Not everyone likes us, and not everyone is happy with what we have. I love to make friends with many people and for those who want to be friends with me you are most MOST welcome, but for those who are very envious with me you can move your butt away.


Is there really exist people that we can called and be our true friends? I have many friends, and so far I am really really happy to have them by my side even though sometimes have certain people be friends with us just because want to take advantages of what we have. As long they are not ruining my life then i'll just ignore them.


I'm writing this is not referring to any specific person, but it's general. I just want to express what i feel and want them to know me better before you'd thinking of adding me as one of your friends list. I can be a very good friends towards you but I also can be an annoying friends if you try to betray me. I had faced many types of people and i love to meet many people so, that's why i'm in this hotelier's field. Like people always said " berkawan biar seribu berkasih biar satu ". =)


To my friends and who are recently came up in my life and become my friends, thank you so much for loving me and being part of my life. I'm really appreciated with what I have. It's really nice to know and have sporting friends like you guys. Cheer me up when i was in the bad mood, sharing all sweet bitter memories together and always be there when I need. Friends till death, okay? =)



Hyep! Tanx for being my friends...


* don't blame me for being too emotional today, blame my PMS visit... =(

Tuesday, November 9, 2010

bye-bye "4th semester"


Syukur Alhamdulillah...


Berakhir sudah 3 minggu yang sangat memenatkan dan sangat-sangat mencabar minda. Sorry yer kepada teman-teman tersayang sebab kurang memberi perhatian untuk 3 minggu nih yang mana mesej tak berbalas, kol tak terangkat, al-maklum lah busy study kononnn... Hehe...


7 subjek kertas peperiksaan berjaya dijawab dengan lancar dan jayanya. Errr, jaya ker? Petang tadi, tepat jam 5.15 petang tamat sudah waktu peperiksaan untuk kertas peperiksaan yang terakhir untuk semester ini kod HTH 551, Hospitality Service Marketing. Hoorraayyy! Mari kita enjoyyy! Boleh jalan-jalan keliling dunia... Hehe...


Tapi kan, tapi kan mentang-mentanglah tadi tuh paper yang terakhir, apasal la susah sangat soalan-soalan yang dia bagi. Rasa macam 'Eh, tak penah dengar pun term nih. Lecturer tak penah ajar nih dalam kelas. Salah soalan nih'. Hueh3... Tu la dalam kelas banyak sangat main. Banyak sangat anyam ketupat time dalam kelas. Asal lecturer start bercakap je dah dekat 10 kali menguap. Mengantuk jer memanjang. Apa kes, kan dah tak boleh jawab sekarang. Lu pikirlah sendiri... =(


Just imagine for the last 30 minutes left tadi ada lagi 3 soalan yang belum berjawab. Ayoyo! Incik, boleh mintak kasi tambah masa tak? Ngeeeee... Apa lagi tulis lah selaju yang mungkin. Sesi menggoreng sampai hangit pun bermulaaa. Tulisan yang dari awal tadi bulat-bulat comey dah bertukar ke tulisan sanskrit zaman prasejarah. Teheee...


Ya ALLAH Ya Tuhanku, mudah-mudahan ko berikanlah yang terbaik buat hambamu ini. Aku telah pun berusaha sehabis mungkin dan kini hanya padamu ku berserah. Sesungguhnya hambamu ini adalah insan yang kerdil yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Mama mintak dapatkan 4 flat untuk dia sem nih. Adehhh, tingginya harapan. Moga-moga doanya dimakbulkan. Aminnn...


Goodbye final exam... Welcome semester break... =)

* Cuti sem ni nak manfaatkan sebaik-baiknya untuk rehat, tido, makan, dan berjalan puas-puas. =)