In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Sunday, November 21, 2010

raya Qurban korang macam mana eh ?



Ceit! Orang lain dah lama dah post entry pasal raya-raya nih nak post entry pasal raya krismas pulak, eh? hehe, dia baru terhegeh-hegeh nak post entry pasal sambutan raya Qurban nih. Ehehe.


Bukannya apa, jangan salahkan saya, jangan, jangan, salahkan pada mr. flu, mr. cough dan mr. fever yang telah datang menyerang saya pada hari raya Qurban yang ke-2. Sobsob. Tapi sempat lagi kan kalo saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua muslimin dan muslimat seantero dunia. =)


Tatkala orang lain sedang leka dan asyik menjamah daging-daging Qurban, saya hanya mampu melihatnya sambil menelan air liur dalam-dalam, sebab masa tu selera makan saya sudah pun hilang dan hanya ubat penahan sakit yang menjadi juadah hidangan bagi meredakan kesakitan yang saya alami tatkala itu.


Cuba korang bayangkan, balik kampung seronok-seronok, kumpul satu famili ramai-ramai, jumpa sedara mara nak menyambut Aidiladha sama-sama tiba-tiba kita diserang sakit-sakit mestilah tak best kan? Tak dapat nak bersama-sama join diorang sembang-sembang, gosip-gosip tanya ' eh, bila ko nak kawen? ', ' pakwe dah bape orang? ' hehe. Duduk terjelepok jer kat atas katil nenek tuh tak larat nak buat apa-apa. Rasa rimas, nak cepat-cepat jer balik rumah.


Oh ye, untuk pertama kalinya raya Qurban tahun ni famili saya telah mengambil bahagian dalam aktiviti penyembelihan. Papa saya telah mengambil 1 daripada 7 bahagian lembu itu untuk dibuat akikah atas nama saya. =)


Macam tahun lepas jugak, semua keluarga akan berkumpul bersama-sama di rumah tok mek mama dan kami akan bergotong -royong melapah daging-daging lembu tersebut. Para bapa dan anak-anak lelaki akan menguruskan aktiviti penyembelihan manakala para ibu dan anak-anak gadis, akan membantu di dapur memasak juadah-juadah yang semuanya berasaskan daging Qurban itu. Jadi untuk satu hari tuh tak lain dan tak bukan lauknya hanyalah daging-daging sahaja disamping ulam-ulaman dan sambal belacan. Daging goreng, gulai kawah daging, sup daging, daging, dan daging lagi.


Nasib baiklah saya ni bukannya seorang penggemar daging. Jadi, saya tak rasa ralat sangat lah tak dapat makan daging banyak-banyak hari tuh. =)




Tadaa! Juadah sudah siap sedia terhidang. Menunggu ketibaan tetamu-tetamu jemputan pula.




Tengok my liltle bro nih. Malu-malu pulak orang nak amik gambar dia. Hurmm...




Wajah sedikit pucat tapi masih mampu tersenyum...lalala~ =)

No comments: