In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Sunday, June 26, 2011

"Saya Blogger Gadis Melayu"



Hohoho... Saya bangga saya blogger gadis Melayu...



Terima kasih kepada adik manis cik syuna kerana sudi tag saya.. I'm in!! Hehe.. Nasib jugak ada orang maen tag-tag kat saya ni, kalo tak makin berhabuk dan bersawanglah blog nih. Start je cuti sem baru-baru nih  otak jadi malas nak berfikir. Idea pun dah kering. Tak taw nak update blog pasal apa. Yang pasti hanya mahu merehatkan diri puas-puas, melepak di sisi televisyen sambil mengunyah cekediss. Hihihi..



Oh ya, pada sape-sape yang rasa diri tuh anak gadis Melayu (boys strictly are not allowed) dan ada hajat di hati terasa seperti ingin menyertai dipersilakanlah yer. Caranya mudah saja..


  1. Buat satu entry bertajuk : SAYA BLOGGER GADIS MELAYU.
  2. Letakkan banner di atas dan linkkan ke entry ni... 
  3. Tag rakan-rakan blogger kamoo yang lain... terpulang nak tag berapa orang...(gadis melayu ye...bukan teruna melayu...hehhee:p)
  4. Copy & paste url entry anda di ruang komen entry ini...
  5. Expired date??? sehingga 31/12/2011...lama giler kan...hehehe...


Gadis-gadis Melayu yang di tag oleh saya:-

1. Azrin
2. FiQ'Ra
3. Nuerul
4. Ain Zulaikha


* Hajat di hati nak join Gadis Melayu kat Tv9 tak kesampaian, dapat join kat sini pon jadilahhhh... ;p

Sunday, June 12, 2011

Lelaki dan kelajuan


Lelaki dan kelajuan memang tak boleh dipisahkan. Tambah-tambah lagi pada guy yang minat giler dengan lumba kereta, drift bagai sume. Pandu kereta kalau tak tekan minyak sampai habis, jarum meter halaju tu kalau tak cecah sampai 200km/j bagi diorang memang tak sah. Itu pun dia boleh cakap slow lah kereta ni? Apa kes bhai, aku rasa macam nak melayang dah kereta ni. Kalau ada sayap kompem dah terbang sama tinggi dengan burung gagak hitam..  =_=


Memang syok eak drive laju-laju ni? Orang kata dapat kepuasan gituh. Hurmmm... 


Seriously, aku minat jugak benda-benda macam ni, tengok orang lumba kereta, touch up kereta lawa-lawa macam mana. Tapi aku sendiri nak bawak kereta sampai cecah 200km/j memang mimpi jelah kannn. Paling laju pun 120km/j or 130km/j jee. Sayang nyawa lagi kottt. Orang kata biar lambat asalkan selamat. Hehe...


Apa-apa pun bukanlah aku nak melarang sekeras-kerasnya korang drive laju-laju nih. Dah korang minat kan, tak boleh nak buat apa la. Nasihat berbuih pun korang bukannya nak dengar pun. Dengar cakap sekejap je, pastu bila nampak kereta depan bawak kereta macam pegi bersiar-siar amik angin di waktu petang mula la korang rasa macam "Panas eh aku tengok kereta depan ni. Lembab!". Ikut suka hampa lah. Asalkan korang tu cekap nak kawal kenderaan sudah. Takmolah nanti dapat berita yang kurang enak didengar. Utamakan keselamatan. Paling penting, ingatlah orang yang tersayang dan yang menyanyangimu. Cehhh...  =) 



I nak yang ni untuk besday present, boleh? :p

Monday, June 6, 2011

Coklat itu manis


Situasi:-
Dear you, tak payah nak nampak 'gula-gula' sangat lah pujuk i dengan bagi coklat bagai.. Hihihi...

Fakta berdasarkan situasi di atas. Okay, sesetengah perempuan memang pantang kalau diumpan dengan sebungkus atau sekotak coklat. Ini bagi perempuan yang betul-betul memang merupakan penggemar tegar sama coklat la. Yang mulanya tadi marah-marah siap muncung panjang-panjang terus hilang bila nampak sinaran pembalut coklat. Selalunya la kan kebiasaanya, kalo si gurl merajuk mesti si guy tu akan pujuk dengan memberi upah coklat. Tapi kenapa kena bagi coklat? Bagilah biskut kraker gula Seng Heng kee. Boleh cicah dengan air teh o beng..  =_=