In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Sunday, May 5, 2013

Saya Pilih Mengundi











Pheewww ~


Saya sudah ! Anda bagaimana ? Hihi..


Ini adalah kali pertama saya mendaftar dan terus layak sebagai pengundi. Terujaaa sangat ! Jadi, pagi-pagi lagi saya dah keluar rumah untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara tercinta ini. Heee ~


Nasib saya baik, sebab sesampainya disana, orang tak berapa ramai lagi. Jadi, saya tak perlu beratur panjang sehinggalah tiba giliran saya. Plus, diorang memang dah separate kepada tiga barisan. Belia, warga pertengahan dan warga emas. Jadi, saya rasa sangat sistematik, khususnya kepada warga emas. Sebab diorang tak perlu nak tunggu lama kerana warga emas akan sentiasa didahulukan. Dan saya, haruslah di barisan belia remaja gituu. Hehe..


Disebabkan ini adalah pengalaman pertama saya, debaran tuh cukup terasa. Bila tiba giliran saya, cuak weyh, terketar-ketar tangan ni hah nak pangkah. Dia punya nervous, macam nak naik pelamin pulak. Pangkah je semua kangg ! Haha..


Dan sekarang berbekalkan pengalaman yang sudah ada, saya sangat bersedia untuk PRU ke-14. Shall we ?
Kehkehkeh..

No comments: