In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Saturday, July 31, 2010

Semanis Senyuman

Pendakap gigi atau nama saintifiknya, orthodontic braces atau brakets digunakan dalam bidang pergigian untuk membantu membentuk semula permukaan gigi yg tidak rata.


Pendakap gigi ni fungsinya untuk memperbetulkan susunan gigi yg tidak rata supaya menjadi lebih selari. Nak pakai pendakap gigi ni memerlukan banyak persediaan dari segi fizikal mahupun mental.


Dari segi fizikal, orang mungkin akn nmpak kte ni pelik cket sbb gigi kte nmpak lain dari yang lain. Kite juga mungkin akan sedikit sebanyak mendapat perhatian orang bila bercakap yg mngkin ada sesetengahnya akan merenung kte dgn penuh minat. Tapi xpe, sy xkisah, sy suka =) ...


Dari segi mental, memakai pendakap gigi ni kte akan rasa sakit dan susah especially bile tyme nk makan tapi untuk tempoh seminggu dua jela. Hanya bubur dan makanan yg lembut saje yg sesuai untuk tempoh tersebut. Jadi pd sesapa yg nk kurus boleh la cuba cara ni di samping akan mendapat gigi yg cantik.


Tapi kenapa sy tetiba berminat and rajin buat research and tulis pasal braces ni? Kalo diikutkan, benda yg pling sy takut sekali dalam hidup sy adalah brjumpa dgn doktor gigi. Dengar je cite pasal dr. gigi badan da mula rasa seram sejuk. Gigi pun mula rasa ngilu.


Tapi oh tapi, disebabkan keinginan yg kuat untuk mendapatkan gigi yg cantik dan teratur disamping faktor masalah kesihatan sy terpaksa memberanikan diri jugak untuk berhadapan dgn dr. gigi.




One of my idol, Misha Omar. Even pakai braces, tp dy still look sweet kn...


* Pasni bolehla sy senyum lebar2 and jadi model iklan colgate or masuk ujibakat gadis melayu...;p

2 comments:

k4MARUL said...

nyilu ke ngilu???

Alynna said...

sory...
sedikit kesilapan teknikal...
sy da betulkan...
btw,tanx Mr.K...