In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Sunday, October 31, 2010

Mohd Syafiq Solehuddin


Dearest my little brother,


Hati runsing, sedih, sayu bila dapat panggilan dari mama semalam kata kamu kena demam denggi. Tapi syukur alhamdulillah, sebab bukan sampai tahap yang kritikal lagi but still kena pergi hospital selalu untuk buat rawatan dan pemeriksaan.


Kesian kamu sebab tak pernah kena sakit teruk macam ni sampai kena pergi hospital masukkan air. Kamu betul-betul buat mama dan papa risau. Hope keadaan ni takkan menjejaskan diri kamu untuk belajar bagi menghadapi final exam tak lama lagi. Kami betul-betul risau.


Abang, jaga kesihatan baik-baik. Banyakkan bersabar. Ni semua dugaan Tuhan bagi kita sakit, sebab nak hapuskan dosa-dosa kita yang lalu. Mama dan papa dah bertolak ke Kuala Lumpur petang tadi sebab diorang risau sangat-sangat. Moga diorang selamat sampai. Ikutkan hati teringin sangat nak ikut tapi tak boleh sebab sekarang tengah busy dengan minggu final exam. Apa-apa pun, sentiasa doakan yang terbaik untuk abang. Semoga cepat sembuh...=)


Sedikit info tentang demam denggi. Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3-14 hari sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Jadi, pastikan persekitaran rumah anda sentiasa bersih bagi mengelakkan menjadi tumpuan tempat pembiakan nyamuk aedes. Negara bersih, rakyat sihat... =)


The only hero in my family... Get well soon dear...

Thursday, October 28, 2010

cuti-cuti CiNtA


" Cinta Dicari Pasti Pergi, Cinta Sejati Kekal Abadi "


Tanx dak messy for the gift...u, i dah bertambah lawa nanti jangan jelez, okay noks? =)

Tuesday, October 26, 2010

books, notes, tutorial ...


1 down, 6 more to go!!!


Books, notes, come to mummy pleaseee, mummy really really need you right now... =)


Ada sape sape tak yang dirinya sangat sangat passion sama exam? Kalau boleh tiap-tiap hari nak jawab exam. Ada tak? Ada tak? Tolong bagi tips kat sayaaa. Honestly, saya tak berapa nak suka jawab exam. Kena rajinkan diri baca buku yang tebal tebal, stay up sampai 4 ke 5 pagi sebab takut tak sempat nak cover sume, hafal definitions, term term yang boleh eja tapi susah nak sebut. Huh? =( Cepat-cepatlah sume ini berakhir.


Kena kuatkan semangat...chaiyok2!!!


* To my beloved friends at UiTM Shah Alam and UiTM Dungun, wish you all, all the best. Good luck for your final exam. Do text me if you got any spot question, okay. =) May all of us could achieve deans list for this semester. Aminnn...

Tuesday, October 19, 2010

apa itu " SketchUp " ?


First time dengar rasa macam, apa tu? apa tu? Main lukis-lukis ker? Tak familiar la...


Okay alkisahnya begini, untuk semester ni 9 subjek yang telah didaftarkan untuk saya and one of them adalah subjek " Hotel Design & Layout ". Ape kes nih, takkan la amik kos hotel tapi kena belajar subjek design bagai lak nih? Tak nampak hubung kaitnya pon. Dari dulu memang tak pernah minat benda-benda yang berseni-seni kreatif nih. Haish...


First day masuk kelas subjek ni masing-masing muka blurr. Nak latih kitorang jadi arkitek berjaya plak ker? Hehe. Selepas diterangkan oleh lecturer kesayangan kami, barulah kami faham tujuan sebenar pembelajaran subjek ini. Subjek ini adalah bertujuan untuk mendedahkan bakal-bakal manager hotel ni kepada dunia architecture. Means, kalo nak bina hotel atau resort sendiri nanti taw la jugak sikit-sikit selok-belok dalam bidang nih takdela kena tipu bulat-bulat nanti oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Jadi kami pun diarahkanla untuk memuat turun software yang berkaitan iaitu " Google SketchUp ". Tuu diaaaa. Dah lama-lama belajar rasa seronok plak. Mula la masing-masing imagine nak bina rumah masa depan sendiri pakai software nih. =)


Sebagai salah satu cara untuk mengetahui kami kami ni pandai ke idok menggunakan software nih maka tugasan pun diberikan. Kami ditugaskan untuk memilih satu resort atau hotel then analyze apa yang tak kena pada binaannya dan perlu diubahsuai. Dengan berbekalkan 3 pemikiran yang berlainan ( 3 orang dalam satu kumpulan ) kami telah sebulat suara untuk memilih " Ulek Beach Resort " sebagai ' mangsa ' kami. Hehe...


Jadi berikut adalah hasilnya...


Sebelum diubahsuai...


Selepas diubahsuai...Hah, amik kau. Tak cukup kreatif lagi ke kitorang nih? Harhar...


Dari sudut pandangan yang berbeza...


* Kepada yang berkenaan, sila jangan gelak jahat yer apabila melihat gambar-gambar di atas...terima kasih...=)

Monday, October 11, 2010

you can call me "minah salleh"


Sangat lega!


Ya, why not kan?


For these past 2 weeks ni, kitaran hidup saya sangat-sangatlah kucar-kacir. Diri sendiri pun dah tak terurus. Mane nak siapkan assignment, presentation, quiz, dan test yang tak habis-habis. Nak dekat-dekat habis sem ni sumenya nak kena siapkan sebelum final exam. Kena paksa rajinkan diri kalo nak minggu memenatkan ini cepat-cepat berakhir. Orang tido saya berjaga, orang makan saya berlapar, orang mandi basah, saya kadang-kadang tak mandi. Pergi kelas pun selekeh selebet jer letih badan punya pasal. Wahhh gilerr busy saya. Ngehehe...


Tiba time nak buat presentation kat depan lutut ni tiba-tiba rasa longgar. Tangan seram sejuk. Itu tandanya saya sedang nervous yer adik-adik. Well, that's normal for me. Paling kelakar bila group mate nak kenalkan next presenter which is saya yang comey-comey ni, sampai tersasul-sasul diorang panggil nama saya. Ye saya taw, nama saya panjang dan susah nak ingat lagi-lagi time-time genting camtu sebab tu lah saya dah reka nama glamour yang paling senang sekali untuk korang-korang ingat...tak gitu? =)


For the whole weeks tuh spekong mat salleh jer masing-masing. Persediaan untuk presentation. Practise makes perfect, rite? Rasa macam dah terer jer cakap omputih untuk minggu tu jelah walaupun kadang-kadang tuh ayat yang senang pon boleh tersasul-sasul nak sebut.


Lega, sumenya dah selesai dan lepas ni tak payah nak susah-susah hafal point lagi. Lepas ni boleh apply jadi lecturer teruslah sebab dah banyak pengalaman buat presentation kan? Hehe...Sibukkan diri untuk final exam plak lepas nih. Wish me luck! =)


Tengok-tengok, saya kat library nih. Sempat lagi posing-posing...;p