In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Tuesday, October 19, 2010

apa itu " SketchUp " ?


First time dengar rasa macam, apa tu? apa tu? Main lukis-lukis ker? Tak familiar la...


Okay alkisahnya begini, untuk semester ni 9 subjek yang telah didaftarkan untuk saya and one of them adalah subjek " Hotel Design & Layout ". Ape kes nih, takkan la amik kos hotel tapi kena belajar subjek design bagai lak nih? Tak nampak hubung kaitnya pon. Dari dulu memang tak pernah minat benda-benda yang berseni-seni kreatif nih. Haish...


First day masuk kelas subjek ni masing-masing muka blurr. Nak latih kitorang jadi arkitek berjaya plak ker? Hehe. Selepas diterangkan oleh lecturer kesayangan kami, barulah kami faham tujuan sebenar pembelajaran subjek ini. Subjek ini adalah bertujuan untuk mendedahkan bakal-bakal manager hotel ni kepada dunia architecture. Means, kalo nak bina hotel atau resort sendiri nanti taw la jugak sikit-sikit selok-belok dalam bidang nih takdela kena tipu bulat-bulat nanti oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Jadi kami pun diarahkanla untuk memuat turun software yang berkaitan iaitu " Google SketchUp ". Tuu diaaaa. Dah lama-lama belajar rasa seronok plak. Mula la masing-masing imagine nak bina rumah masa depan sendiri pakai software nih. =)


Sebagai salah satu cara untuk mengetahui kami kami ni pandai ke idok menggunakan software nih maka tugasan pun diberikan. Kami ditugaskan untuk memilih satu resort atau hotel then analyze apa yang tak kena pada binaannya dan perlu diubahsuai. Dengan berbekalkan 3 pemikiran yang berlainan ( 3 orang dalam satu kumpulan ) kami telah sebulat suara untuk memilih " Ulek Beach Resort " sebagai ' mangsa ' kami. Hehe...


Jadi berikut adalah hasilnya...


Sebelum diubahsuai...


Selepas diubahsuai...Hah, amik kau. Tak cukup kreatif lagi ke kitorang nih? Harhar...


Dari sudut pandangan yang berbeza...


* Kepada yang berkenaan, sila jangan gelak jahat yer apabila melihat gambar-gambar di atas...terima kasih...=)

No comments: