In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Friday, March 11, 2011

dia cakap muka saya macam Ida Nerina ??!


Hari ni awal-awal pagi lagi dah kena bangun. Bukannya sebelum ni i tak penah bangun pagi okeh, cuma hari ni pun kena bangun awal pagi macam nak pegi kelas pukul 8 tu lah walaupun hari ni hari cuti. grrrrr..


Macam biasa setiap semester setiap pelajar wajib menghadiri modul ppkp. Kira macam program insaniah la. Bagi kesedaran dekat kita supaya sentiasa menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup. Manusia ni perlu sentiasa diberi peringatan supaya tidak leka dan alpa. Tambah-tambah lagi pelajar. Hari ni bagi nasihat esok lupa dah (macam saya jeeee) heeee~


Modul kali ni adalah bertajuk kenegaraan. Dengar tajuk program je terus rasa mengantuk. Huahuahua. Tapi nasib baik tadi walaupun tajuk dia agak memboringkan diselitkan sekali dengan aktiviti LDK (latihan dalam kumpulan) supaya pelajar ni tak rasa bosan. Sebelum bermulanya sesuatu program tu macam biasalah aktiviti 'icebreaking' akan diadakan. Masing-masing akan diberi peluang untuk memperkenalkan diri masing-masing. Jadi kalo agak-agak nak usha mamat/awek hensem/cantik inilah masanya. Semua pasang telinga dengar dengan teliti. Pastu dalam hati mula la berangan bestnya kalo dapat satu kumpulan dengan dia tuh. Macam-macam. Kuikuikui.


Setiap orang diminta untuk memperkenalkan diri beserta dengan slogan "saya rasa muka saya macam artis.......". Tak pernah dibuat orang. Mungkin fasilitator ni mahukan kelainan. Pikir punya pikir terlintas satu nama artis yang pernah kawan saya cakap muka saya iras macam muka dia. IDA NERINA. Jadi saya bedal jela tadi sebut "saya rasa muka saya iras IDA NERINA kottt" hehe. Ingatkan habis kat situ je la. Rupa-rupanya fasilitator tu boleh sampuk pulak dan cakap "ha'ah la muka awak memang ada iras-iras muka IDA NERINA la especially tang mata tuh". Malu sekejappp..



Hah, diberi dua gambar di atas tuh. Korang nilai la sendiri tang mana yang samanya.. Bagi saya 'NOT EVEN AN INCHE!'. Haha. Mata orang lain-lain jadi setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza..

6 comments:

amny said...

uhuhuhuh..

ade la gaya gakk.:)

Alynna said...

hahaha..
yeke amni??
cam tak pecaya jeee..
hehe..

Unknown said...

Hahaha, eziey. Haah la, ada gaya.

Alynna said...

haha..
blushinggg~
;p

melody chinta said...

haha..mmg ade iras2 cket..cun what..:)

Alynna said...

hihihi...
maluuuu~
tanx dear..
=)