In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Friday, July 15, 2011

Kedaimu Kedaiku Juga


Masuk hari ini genap 2 minggu saya bekerja. Busy sangat jadi wanita bekerjaya sampai tak ada masa nak update blog. Huhu.. Cuti lama-lama ni boring jugak kalau duduk je kat rumah tak buat apa-apa langsung di samping membesarkan badan.


So, korang-korang yang bercuti tu apa je yang korang buat time cuti-cuti macam ni? Melancong? Kerja part time? Atau duduk goyang kaki jer kat umah?


Bagi saya, cuti-cuti macam ni adalah lebih baik jika saya bekerja. Takdelah cuti 2 bulan ni rasa macam 2 tahun jer. Duit pun masyukk. Boleh buat belanja dan makan besar untuk Raya nanti.. Ngeeee..


Nasiblah rezeki nak dapat kerja tu mudah jer dan kedai yang bertuah itu adalah Dzaz Collection (Menjual Pelbagai Jenis Tudung dan Selendang). Siap promote lagi tuh. Hehe..




First time ohh mendapat kepercayaan oleh owner kedai untuk uruskan businessnya seperti business saya sendiri. Mempunyai 4 cawangan business yang sama mungkin menyebabkan tuan kedai ni terpaksa memberikan sepenuh kepercayaan kepada stafnya untuk menguruskan perniagaannya. Alhamdulillah jugaklah dia mendapat pekerja yang jujur macam saya. Ceittt! Haha...


Agak mencabar jugaklah pada mulanya. Kena bukak dan tutup kedai sendiri. Ikut suka kalo rasa-rasa nak bagi diskaun ke tak dekat pelanggan. Pegang sume duit sales. Belajar letak manik kat tudung kalo ada permintaan dari pelanggan dan macam-macam lagilah. Cukup penat. Tapi seronok sebab dapat pengalaman yang orang lain tak mungkin dapat. Hehe..


Tengok nih. First time buat manik atas tudung. Tak berapa nak jadi. Tapi nasib baik customer tuh puas hati. Huhu...

One of my favourite... =)

1 comment:

Wan Schazwan said...

wah mcm kedai dia la plak ye...