In life, ALLAH doesn't give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life... =)

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri


Berterima kasihlah kepada insan yang pernah kecewakan dan sakitkan hati kita, 

sebabnya dari kekecewaan itu, 

kita menjadi hebat.

Sakit itu penawar bagiku..


*****

Andai hati pernah silap memahami,

Andai tutur kata pernah menyakiti,

Andai sikap pernah mengguris hati,

Andai janji pernah dimungkiri,

Harap dimaafkan segala salah dan silap ini..



Accept your past without regrets. Handle your present with confidence. Face your future without fear.



Selamat Hari Raya semuaa ! Mohon maaf zahir dan batin.. :)

saya pun nak muka raya jugaa


Ramai orang selalu tanya, apa rahsia kecantikan wajah saya ? Puihh, kalau betul lah ada orang tanya saya macam tuh, teruja nak tulis buku dah saya rasanya. Kekeke..


Saya mempunyai kulit wajah yang kering. I mean, sangat kering, which I hate it. :( 


Kalau anda mempunyai kulit wajah yang kering, wajah anda akan kelihatan sedikit kusam, seperti orang sakit dan kurang berseri. 


So, setiap waktu saya haruslah memastikan kulit saya ni kekal lembap sentiasa. Kadang-kadang tuh rasa macam nak duduk dalam toilet lama-lama je, tak nak keluar dah, supaya kulit nih kekal lembap gitu. Hihi..


And saya juga akan pastikan setiap kali selepas mencuci muka saya akan pakai pelembap muka. So, kira pelembap muka nih dah jadi salah satu benda penting lah dalam hidup saya selepas my family. Ehehe..


Dah bermacam-macam produk saya cuba guna. Termasuklah mengamalkan minuman ini.



Sebab kecantikan wajah tak semestinya harus dijaga melalui luaran sahaja, malah dalaman pun sangat penting. Kira seimbang lah, kita jaga luaran mahu pun dalaman. Barulah cepat kesannya. Saya pentingkan natural beauty. Barulah orang tak cakap wajah kita nih nampak fake, kan ? :p


Dan baru seminggu saya mencuba produk ini, My Beauty Diary. Produk dari Taiwan. Ini untuk penjagaan luaran.



Saya berani cuba produk nih sebab dicadangkan sendiri oleh beautician from this company. And dia nampak apa masalah saya, and dia suggest saya untuk cuba produk ini selama seminggu. So, saya cuba dia punya face mist dan juga face mask. See, saya sangat mudah terpengaruh kan ? Even saya sebenarnya tak pernah dengar and sedar pun akan kewujudan produk nih sebelum nih. Pathetic me.. :(


Tapi takpe. Apa-apa, kita kena usaha. Benda takkan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan and lepas tuh kita tawakal lah. InsyaALLAH, kalo benda tuh sesuai dengan kita, kita akan nampak kesan dia. Tak cuba, tak taw kan ? Plus bau dia best taw, bau orange gituu. Nyum nyum.. :)


Selepas seminggu, Alhamdulillah, saya memang nampak kesan dia. Kulit saya dah kurang kering and rasa lembut je bila pegang. Alhamdulillah, takde negative effect. So, saya rasa produk ini serasi dengan saya. 



Okay, gambar ini diambil selepas saya seharian berada di luar. Berpanas-panas, bersesak-sesak di jalan TAR semata-mata nak shopping untuk raya. Wajah still nampak moist kan, walaupun sebenarnya dah sakit-sakit satu badan time nih asik kena langgar dengan orang.. =_=

Thursday, August 16, 2012

Farewell


Yesterday was my last day working at travel company. Yes, I'm resigning for a brighter future and for the greener pastures. Thank you so much for giving me an opportunity to be part of the team. I've learned a lot. It is indeed a great pleasure working with you guys. Truthfully, I will miss those moment we tease and laugh together. Every morning we would greet each other using Persian language even though you guys always tease me saying that my pronounciation is funny. Haha. At least I give it a try, rite ? Well, that's part of learning.. :)


Anddd, thank you so much dear boss for this pretty shoes. Looks like you can read my mind that I really need a new pair of shoes for this coming raya. Heee ~ It's really nice, thank you, thank you.. :)


Till we meet again. InsyaALLAH.. :)


Friday, July 27, 2012

A Gift


On one super fine day, early morning at work...


Him : Hye alynn, this is for you.




Me : ( Engrossed replying emails and make a booking ) Hah ? What is this ?

Him : Nothing. Just a gift. =)

Me : ( Shock ) But why so sudden ? No need to bother because of me.

Him : ( Smile again )

Other colleague : Wahh, alynn please open it now. We want to see what's inside. ( Curious face )


While opening the gift...


Him : I do look for a handbag or dresses but I do not know which one you like. And I also know that you like accessories too so that's why I pick this one. I hope you like it.




Me : Ohmaigod. Thank youu so much. It's really nice. Plus it's my favorite color. How do you know ? ( Touched )

Him : Just consider it as your birthday gift. ( Smile )

Me : ( Speechless while trying to put it on me )










Why you are treating me so nice hah ? Seriously, I'm touched. Looks like you know so much about me. From the first day I started working, I know you are a good guy and I can see your sincerity to be my friend. Truthfully, you are one of my best friend ! Merci Azizam ! =)

Sunday, July 22, 2012

24 Tahun / Ramadhan Kedua




Syukur Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi ALLAH ini. Ya, 24 tahun. Selama 24 tahun ini telah bermacam-macam perkara yang telah saya lalui. Bermula sebagai seorang bayi yang masih kosong akan erti kehidupan, menjadi pelajar tadika yang di fikirannya hanya lah untuk berseronok, menjadi pelajar sekolah, seterusnya mahasisiwi di universiti dan akhirnya kini sebagai pekerja di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur.


Suka, duka, jatuh, bangun, kasih sayang, cinta, pengorbanan, kesetiaan, kejujuran, telah menjadi asam garam dalam diri ini. Banyak yang telah saya saya lalui dan pelajari dan pengalaman ini yang mematangkan diri. Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan setiap penghujung cerita itu pastinya dijanjikan yang terbaik oleh ALLAH s.w.t. Moga hari ini dan hari-hari seterusnya saya akan menjadi insan yang lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya dan insyaALLAH, saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang sejati dan dipandang mulia di sisi ALLAH. InsyaALLAH.. :)


Okay mama papa, lepas nih boleh lah angah slow-slow ke next step, kan ? Hihi.. :p


* By the way, thanks for all the birthday wishes. Really appreciate it. I know I've been surrounded by a lovely people that never stop to support and care about me and of course I love you all and may this relationship last till Jannah. InsyaALLAH. May GOD bless all of us. Amin ~ :)

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan




It's the month when the devils are chained, the gates of hell are closed and those of paradise are opened. It's the month the holy prophet used to pray to witness. It's the Blessed Month of Ramadhan. May Allah shower His Blessings and grant us Forgiveness in this Holy Month.


Happy Fasting and Tarawih to all. Let's this year be our best Ramadhan than the previous ones. Make full use of Ramadhan this year, for it might be our last. Forgive me for any wrongdoings. Ramadhan Kareem ! :)

Sunday, July 15, 2012

Haruman Mewangi


Orang cakap, kalau kita pakai wangian yang berbeza-beza setiap hari means tidak tetap pada satu jenis wangian sahaja, maksudnya orang itu mempunyai identiti yang tidak tetap pendiriannya dan mudah berubah hati. Betul kah ?


Okay, saya adalah antara golongan itu. Tapi saya bukanlah orang yang tidak mempunyai pendirian yang tetap dan saya juga tidak mudah untuk berubah hati. Malah saya sangat lah setia pada yang satu. Ececeh.. :p Cumanya saya banyak dikelilingi dan mengenali orang yang jenis sesuka hati je berubah hati tanpa memikirkan perasaan orang lain. Bila dah takde, baru nak cari, baru nak rasa menyesal. Itu selfish namanya. Watever ~


Minat untuk mengumpul wangian nih sebenarnya dah lama wujud dalam diri ini. Setiap kali lalu kat bahagian wangian je mesti berhenti dan usha wangian yang baru. Harga atau jenama tu tak menjadi faktor utama pun pada saya. Mahal ke, murah ke, saya tak kisah. Janji wangi ~ Sebabnya saya sangat lah suka pada benda-benda yang berbau wangi. Rasa nak peluk cium jee. Haish ~


So, korang semua mesti boleh agak kan kalau ada jejaka yang berbau wangi di sebelah saya, apa reaksi saya nanti ? Okay, itu gatal namanya. Hik Hok.. :p



Okay, yang ni baru sebahagian. Sebahagian lagi ada kat rumah parents. Jenuh lah "mak" ( ala-ala maknyah ) kalau nak pergi mana-mana nak bawak balik semua minyak wangi ni kan. Buat berat beg jee. Belum masuk dengan pakaian lagi. So, kat rumah parents haruslah ada backup yang lain kan. Hehe..



Wangian yang macam nih pulak sesuai untuk pergi ke tempat-tempat yang low profile macam pasar tani, pasar malam, pasar jual ayam ikan ke sebab bau dia tak tahan lama sangat. Boleh eak buat promo macam nih ? Hihi..